• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Masih Sarankan Kuarantin 14 Hari Untuk Pesakit COVID-19

oleh Mohd Arshad
05/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA: Meskipun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh lima hingga tujuh hari sejak bermulanya simptom COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengesyorkan kuarantin 14 hari, lapor Xinhua memetik seorang pegawai daripada organisasi itu dalam taklimat media semalam.

Bagaimanapun, kata Abdi Mahamud daripada Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden COVID-19 WHO, negara perlu membuat keputusan mengenai tempoh kuarantin berdasarkan situasi masing-masing.

Di negara yang mencatat jangkitan rendah, tempoh kuarantin yang lebih lama boleh membantu mengekalkan bilangan kes serendah mungkin, jelasnya.

Bagaimanapun, di negara yang kes tidak dapat dikawal, tempoh kuarantin yang lebih singkat mungkin wajar untuk memastikan aktiviti harian negara tidak terjejas, tambahnya.

Pegawai WHO itu memberitahu wartawan terdapat kemungkinan untuk individu dijangkiti oleh kedua-dua influenza dan COVID-19.

Namun, memandangkan kedua-duanya adalah virus berlainan yang menyerang badan dengan cara yang berbeza, risiko untuk kedua-duanya bergabung menjadi virus baharu adalah “amat sedikit”.

Menurut WHO, setakat 29 Disember 2021, kira-kira 128 negara melaporkan kes varian Omicron.

Di Afrika Selatan, yang mencatatkan peningkatan mendadak dalam kes jangkitan diikuti dengan penurunan yang agak cepat, kemasukan ke hospital dan kadar kematian kekal rendah.

Bagaimanapun, situasi sama tidak semestinya berlaku di negara-negara lain, kata Mahamud.

“Walaupun kajian terkini semuanya menunjukkan fakta bahawa varian Omicron memberi kesan kepada bahagian atas sistem pernafasan dan bukannya paru-paru, yang adalah berita baik, individu berisiko tinggi dan belum divaksin masih boleh mendapat sakit yang teruk daripada varian itu,” tambahnya.

Mahamud berkata, varian Omicron boleh mengatasi strain lain dalam masa beberapa minggu, terutamanya di kawasan yang mempunyai sejumlah besar orang yang mudah terdedah – terutamanya mereka yang tidak divaksin.

Menurut beliau, di Denmark kes varian Alpha mengambil masa dua minggu untuk meningkat dua kali ganda, manakala varian Omicron hanya mengambil masa dua hari.

Kumpulan Pakar Penasihat Strategik WHO (SAGE) mengenai Imunisasi dijadualkan bermesyuarat pada 19 Januari untuk mengkaji semula keadaan.

Topik dalam agenda perbincangan mereka termasuk tempoh untuk dos penggalak, gabungan vaksin berlainan dan komposisi vaksin masa depan.

Bernama-

Tags: Covid-19kuarantinwho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd