• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WhatsApp Sekat Lebih 1.75 Juta Akaun Pengguna Di India

oleh Mohd Arshad
03/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUMBAI: Platform komunikasi pesanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), WhatsApp, menyekat lebih 1.75 juta akaun pengguna di India pada November tahun lalu kerana didakwa menyalahgunakan perkhidmatannya, kata syarikat itu dalam laporan bulanan keselamatan pengguna keenamnya, semalam.

Akaun mereka disekat susulan aduan diterima daripada pengguna lain menerusi mekanisme pengesanan penyalahgunaan dilaksanakan syarikat itu yang memantau aktiviti pengguna di platform berkenaan.

Laporan bulanan WhatsApp itu diterbitkan mengikut Peraturan Teknologi Maklumat India 2021 yang berkuat kuasa pada Mei lalu dengan menetapkan platform digital besar membabitkan lebih lima juta pengguna, perlu menerbitkan laporan pematuhan setiap bulan mengenai aduan diterima dan tindakan diambil.

November lalu, WhatsApp menerima 602 laporan mengenai pelanggaran pengguna terhadap syarat perkhidmatannya.

Jurucakap WhatsApp berkata, syarikat itu melabur dalam teknologi kecerdasan buatan dan teknologi tercanggih lain, bagi memastikan penggunanya selamat di platform itu.

Oktober lalu, WhatsApp menerima 500 laporan rungutan selepas dua juta akaun pengguna di India disekat.

Bernama-

Tags: Indiawhatsapp
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd