• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

174 Saman Dikeluarkan, Tiga Lelaki Ditahan Di NS

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Sebanyak 174 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Ambang Tahun Baru 2022 yang dijalankan di sekitar negeri ini bermula pukul 8 malam tadi hingga pukul 3 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, selain itu, sebanyak 33 saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan 53 Notis JPJ dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan.

Menurutnya, tiga individu ditahan di lokasi kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

“Daripada jumlah individu yang ditahan, seorang lelaki berusia sekitar 43 tahun ditahan di Jalan Lingkaran Tengah, Seremban kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol. Dua orang lelaki berumur sekitar 24 hingga 38 tahun ditahan di Kilometer 19 Jalan Seremban-Tampin di Rembau selepas saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 289 buah kenderaan dari pelbagai jenis dan 325 individu telah diperiksa dalam operasi tersebut.

UtusanOnline-

Tags: OP Ambang Tahun Baharusaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Op Ambang Tahun Baharu: 1,206 Saman Dikeluarkan, 93 Kenderaan Disita Di Selangor

Op Ambang Tahun Baharu: 1,206 Saman Dikeluarkan, 93 Kenderaan Disita Di Selangor

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,206 saman kesalahan trafik dikeluarkan dan 93 kenderaan disita dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 oleh Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd