• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kota Kinabalu Catat Kenaikan Mendadak Kes

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu mencatat kenaikan mendadak kes COVID-19 di Sabah dengan 60 kes baharu hari ini, naik 14 kes daripada 46 kes semalam.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata peningkatan itu disebabkan 25 kes baharu yang dikesan membabitkan Kluster Bahtera Kinabalu.

Kluster berkenaan yang dilaporkan pada 25 Disember lalu membabitkan anak kapal luar pesisir MV Orbit Petra masih mencatat kes baharu yang turut menyebabkan kes harian di Sabah terus meningkat.

“Selain kes daripada kluster berkenaan, Kota Kinabalu turut mencatat 18 kes yang berpunca daripada saringan bergejala, 11 kes menerusi saringan kontak rapat dan enam kes lagi daripada lain-lain saringan,” katanya.

Secara keseluruhan, Sabah mencatat 231 kes baharu COVID-19 hari ini, naik enam kes berbanding 226 kes yang dilaporkan semalam dengan satu kes kematian.

Seramai 142 pesakit pula dilaporkan sembuh manakala seramai 629 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 332 orang di hospital, 295 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta masing-masing satu seorang pesakit di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan fasiliti swasta.

BHonline-

Tags: Covid-19Kota Kinabalu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd