• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mursyidul Am PAS Baru Dikritik Kerana Gesaan Kekalkan Hadi

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kritikan tersebut disuarakan sendiri oleh AJK PAS setelah Mursyidul Am PAS  yang baru, Datuk Dr Haron Din mengeluarkan kenyataan menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dikekalkan menjawat jawatannya.

Menurut Hanipa Maidin, gesaan tersebut tidak sepatutnya terbit kerana kedudukan presiden boleh dicabar, sementelah ia telahpun dimaktubkan dalam perlembagaan parti.

[BERKAITAN: Najib Ucap Tahniah Haron Din Dilantik Mursyidul Am PAS]

SF_20140410_Parliament_Hanipa_Maidin_PC_01_840_559_100

Memetik kenyataannya dalam satu forum semalam, “Ini bagi saya tidak sepatutnya keluar daripada mulut mursyidul am yang menggantikan Nik Aziz. Saya bukan tak hormat Haron tetapi kita perlu hormat mereka yang mendraf perlembagaan PAS.

“Jangan kita menganggap perwakilan seolah-olah tiada nilai dalam PAS sehingga terus dihimpit mesti pilih (calon tertentu). Maknanya kita tak hormat perlembagaan PAS sedangkan kewujudan mursyidul am pun daripada perlembagaan PAS.”

hadi-haron-din-840x450

Dalam satu kenyataan kelmarin, Haron berkata, belum tiba masanya lagi untuk presiden PAS diganti dan menggesa ahli parti untuk taat kepada Abdul Hadi.

Ujarnya kepada akhbar Sinar Harian, “Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.

“PAS Kota Baru sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu),”

Ia susulan kepada tindakan PAS Kota Bharu yang mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pencabar Hadi untuk jawatan presiden. Walau bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak.

– MYNEWSHUB.CC

Datuk Dr Haron Din Menceritakan Pernah Direkrut Syiah Iran Pada 80-an

https://www.youtube.com/watch?v=nBtxmvX4dKQ

Tags: Datuk Dr Haron DinHadi AwangPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd