• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tebus Baucar Perlindungan Tenang RM75 Mulai Esok

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang layak akan menikmati Baucar Perlindungan Tenang (PTV) bernilai RM75 mulai esok.

Baucar boleh digunakan untuk memperbaharui polisi atau sijil Perlindungan Tenang atau membeli pelan perlindungan baharu daripada syarikat insurans atau pengendali takaful tempatan yang berdaftar di bawah program PTV.

Menerusi kenyataan bersama Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), pihak berkenaan menyifatkan banjir ketika ini memperlihatkan jurang perlindungan dan keperluan untuk melindungi harta individu dengan secukupnya daripada bencana alam.

Pengerusi Persatuan MTA, Elmie Aman Najas, berkata perlanjutan program PTV kepada tahun kedua dilihat meningkatkan perlindungan sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama segmen berpendapatan rendah.

“Sejak program PTV dilancarkan pada 30 September sehingga hari ini sebanyak 1,109,800 baucar PTV dengan nilai lebih RM55 juta sudah ditebus,” katanya.

PTV RM75 adalah inisiatif kerajaan menerusi Belanjawan 2022 dengan kerjasama industri insurans dan takaful yang bertujuan untuk memanjangkan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah.

Di bawah program Perlindungan Tenang, sebanyak 16 syarikat insurans dan pengendali takaful menawarkan 22 pelan yang memberikan perlindungan terhadap risiko utama kehidupan seperti kematian, kemalangan, kebakaran, kerosakan harta benda dan lain-lain keadaan tidak diingini.

Ini kerana bagi sesetengah pelan perlindungan ia boleh dibeli dengan premium atau sumbangan serendah RM2.03 sebulan.

Sementara itu, Pengerusi PIAM, Antony Lee, berkata beliau bersetuju dengan sentimen kerajaan bahawa pandemik COVID-19 menzahirkan keperluan untuk meningkat dan memperkukuhkan perlindungan sosial dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah.

“Meningkatkan perlindungan sosial dan kadar penembusan insurans nasional adalah kritikal bagi sesebuah negara, kerana ia membantu mengurangkan pendedahan seseorang terhadap risiko kehidupan dan mempertingkatkan kebolehan individu untuk melindungi diri, keluarga serta orang tersayang dalam keadaan kecemasan yang tidak dijangka serta gangguan atau kehilangan pendapatan,” katanya.

Bagi Presiden LIAM, Loh Guat Lan, pihaknya sangat menghargai dan mengalu-alukan langkah proaktif kerajaan menjaga kebajikan rakyat melalui perlanjutan program PTV.

“Program PTV memberikan golongan berpendapatan rendah nilai baucar yang lebih tinggi, secara langsung menawarkan mereka lebih banyak pilihan daripada rangkaian pelan perlindungan mampu milik mengikut kesesuaian keperluan mereka.

“Dengan itu, kami menasihatkan semua penerima BKM yang layak supaya mengambil peluang dan mendaftar dalam pelan Perlindungan Tenang sebagai jaring keselamatan untuk keluarga dan orang tersayang,” katanya.

Penerima BKM dinasihatkan menyemak kelayakan mereka untuk menerima baucar RM75 melalui portal khas PTV di www.myptv.my.

Selepas mengesahkan kelayakan, mereka boleh melayari ciri-ciri dan manfaat pelan perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing di laman www.mycoverage.my.

Dengan menggunakan baucar PTV, penerima BKM boleh membeli pelan perlindungan baharu, atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang sedia ada untuk tempoh lagi setahun, daripada laman web syarikat insurans atau pengendali takaful berkaitan.

Sebagai alternatif, penerima BKM juga boleh ke mana-mana cawangan syarikat insurans, pengendali takaful, ejen atau pengedar Perlindungan Tenang yang sah untuk menyemak kelayakan serta membeli atau menyertai produk Perlindungan Tenang.

-Berita Harian

Tags: Baucar Perlindungan Tenang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet 2022: Baucar Perlindungan Tenang Ditingkatkan Kepada RM75

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd