Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

‘Malaysia Food Festival’ Pada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani buat julung kalinya akan...

PRU-15 Diadakan Selewat-Lewatnya Penghujung...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung...

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR – Kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar masih...

Rakyat Bakal Protes Pakatan...

PILIHAN raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang dijadualkan pada 4...

Bajet 2022: Baucar Perlindungan Tenang Ditingkatkan Kepada RM75

KUALA LUMPUR – Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, sebagai tambahan, baucar itu boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

“Diharapkan dengan peluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutamanya yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Mengenai mySalam, Tengku Zafrul berkata ia akan diperluas kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

Kerajaan juga akan meluaskan penerima manfaat inisiatif i-Saraan dengan merangkumi mereka yang berumur antara 55 sehingga 60 tahun, dan ia akan memanfaatkan lebih 100,000 peserta sedia ada serta baharu, membabitkan peruntukan RM30 juta.

Tengku Zafrul berkata, bagi memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kerajaan menyediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia khusus untuk manfaat mereka hingga umur 55 tahun.

Menurutnya, kerajaan juga akan memperluaskan liputan perlindungan sosial negara dengan nilai caruman 80 peratus dan meluaskan manfaatnya kepada sembilan kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas pemulihan dalam komuniti.


Bagi membantu individu yang aktif mencari pekerjaan, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian Elaun Mencari Pekerjaan kepada pencarum dan bukan pencarum Perkeso.

Kerajaan juga bercadang meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang akan membantu 56,000 isi rumah.

“Kerajaan juga bercadang meluaskan pelepasan cukai sehingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela seperti mereka yang bekerja sendiri dalam sektor gig.

“Untuk terus menggalakkan pekerja swasta mencarum dengan Perkeso dan melindungi mereka yang hilang pekerjaan, had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM250 kepada RM350 dan skop pelepasan bagi caruman Perkeso turut diperluas meliputi caruman pekerja melalui Sistem Insurans Pekerjaan,” katanya.

Kredit: Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori