• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zii Jia Keluar BAM Hanya Khabar Angin

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menafikan laporan yang mendakwa perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia sedia meninggalkan persatuan itu dan bergerak secara profesional.

Desas-desus mengenai kemungkinan pemain berusia 23 tahun itu keluar daripada BAM tercetus apabila timbul spekulasi ada pihak sedia memberi tajaan sebanyak RM4 juta bagi membia­yai karier profesionalnya.

Bagaimanapun, badan induk sukan badminton kebangsaan itu tampil menafikan perkara tersebut selepas merujuk perkara berkenaan kepada Zii Jia sendiri yang tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh menjelaskan, pemain yang berada pada ranking ketujuh dunia itu kini berada dalam persediaan terbaik untuk memburu tempat ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya sudah bercakap dengan Zii Jia berhubung perkara ini. Apa yang pasti, Zii Jia langsung tidak tahu menahu mengenai khabar angin yang mendakwa dia mahu keluar daripada BAM.

“Semangat serta visinya masih sama sebagai seorang pemain No.1 negara. Fokus Zii Jia tidak terganggu dan dia sentiasa meletakkan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai keutamaan,” katanya menerusi satu kenya­taan semalam.

Sebelum ini, kekuatan mental dan fizikal pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu dipersoal selepas dia menarik diri daripada beberapa kejohanan apabila dilaporkan tidak cergas dan mengalami kecederaan.

Selepas memenangi kejohanan Seluruh England (All England) di Birmingham Mac lalu, prestasi Zii Jia dilihat sedikit terganggu apabila terpaksa berehat lama gara-gara kes Covid-19 yang naik mendadak.

-Kosmo Online

Tags: badmintonBAMZii Jia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd