• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Melaka Mula Terima RM1,000

oleh Mohd Arshad
29/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH : Seramai 396 ketua isi rumah daripada 2,528 mangsa banjir di negeri ini mula menerima agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, baki 2,132 ketua isi rumah yang belum menerima BWI akan menerima bantuan tersebut dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mengusahakan secepat mungkin agar BWI diterima semua mangsa banjir yang berlaku di negeri ini bagi meringankan beban yang ditanggung akibat musibah tersebut.

Beliau berkata, setakat ini peruntukan sebanyak RM400,000 disalurkan kepada 396 ketua isi rumah mangsa banjir di Alor Gajah, Pengkalan Batu dan Jasin.

“Sejak malam tadi, bantuan RM1,000 mula disalurkan iaitu 10 ketua isi rumah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu dan 20 di Pengkalan Batu. Hari ini seramai 215 ketua isi rumah daripada tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Limau, Rembia, Machap Jaya, Gadek, Tanjong Bidara, Taboh Naning dan Durian Tunggal telah menerima bantuan tersebut manakala 151 lagi mangsa di Pengkalan Batu akan menerima petang ini.

“Sepatutnya, bantuan ini disampaikan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) namun disebabkan kesibukan membantu mangsa membersihkan rumah bantuan ini agak lewat disampaikan,” ujarnya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Bencana Banjir Monsun Timur Laut di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG), dekat sini hari ini.

-Utusan Online

Tags: BanjirBantuan RM1000mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd