• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Long Tiger Diberkas Semula Selepas 13 Hari

oleh Mohd Arshad
29/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Lelaki Rohingnya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, sudah ditahan polis tengah hari tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika dihubungi hari ini mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.

“Ya benar, Long Tiger sudah ditangkap.

“Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan mengadakan sidang media khas berhubung perincian tangkapan pada jam 12 tengah hari esok,” katanya.

Difahamkan Long Tiger yang menjadi buruan polis sejak 13 hari lalu ditahan di utara Semenanjung.

Media sebelum ini melaporkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak mendapatkan bantuan daripada beberapa IPD berhampiran bagi mengesan Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak.

Peguam mewakili Long Tiger, Datuk Shaharudin Ali turut menarik diri daripada mewakili lelaki itu.

“Sebagai peguam bela, kami merasai Ab Hamim sudah melarikan diri ketika perjalanan prosiding kes dan ini mencerminkan beliau tiada keyakinan dengan khidmat guaman oleh pihak kami, selain tiada keyakinan dengan prosiding mahkamah yang sedang berlangsung,” katanya.

Selain itu, dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan tahanan itu melarikan diri.

-Harian Metro

Tags: Diberkas Semulalong tigerpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd