• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Jadi Sukarelawan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun membantu operasi pembersihan selepas banjir terutamanya di kawasan yang teruk terjejas dan memerlukan ramai tenaga kerja.

“Ramai (penjawat awam) yang ingin menjadi sukarelawan membantu mereka yang terkesan tapi kadang-kadang mereka tiada saluran sesuai selain terikat dengan peraturan seperti tidak boleh keluar pada waktu pejabat,” katanya.

Mohd Zuki berkata demikian kepada Bernama selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 132 ketua keluarga mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tualang di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Mohd Sharkar Shamsuddin.

Menurut Mohd Zuki, pemberian cuti khas itu adalah sama seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa semalam, iaitu cuti tanpa rekod diberikan kepada pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan agensi yang menjadi sukarelawan Program Bantu Hingga Selesai anjuran kementerian itu.

Beliau dalam pada itu berkata, kementerian-kementerian juga akan digerakkan untuk membantu operasi pascabanjir bagi mempercepatkan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.

-Awani

Tags: BanjirPenjawat AwamSukarelawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd