• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Buat Pembelian Kecemasan 55 Enjin Bot

oleh Mohd Arshad
28/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pembelian kecemasan 55 unit enjin bot jenis Outboard Motors (OBM) atau enjin bot oleh Kementerian Pertahanan akan mengukuhkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, melalui hantaran di Facebook berkata, enjin bot itu juga akan digunakan bagi meningkatkan keupayaan operasi di kawasan yang masih berdepan dengan banjir.

“Semua 55 unit enjin bot baru itu sudah sampai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ATM bagi meningkatkan keupayaan operasi, memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan yang banjirnya masih belum surut.

“Pembelian itu juga dibuat bagi menampung penggunaan enjin bot sedia ada ATM yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda,” katanya.

Hishamuddin dalam kenyataan media Ahad lalu berkata, Kementerian Kewangan meluluskan pembelian kecemasan itu untuk kegunaan ATM.

“Saya menerima laporan berhubung situasi yang mana bot ATM terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan yang terjejas.

“Susulan itu, MINDEF berhubung secara terus dengan Kementerian Kewangan bagi membuat pembelian kecemasan 55 unit mesin bot itu dan Alhamdulillah, permohonan ini diluluskan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: ATMEnjin BotPembelian Kecemasan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd