• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajar Pertimbang Bantuan RM5,000 Untuk Keluarga Terjejas Banjir

oleh Mohd Arshad
27/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mempertimbang bantuan khas RM5,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas ekoran banjir kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, banjir kali ini termasuk di Temerloh khususnya buat penduduk yang tinggal berdekatan sungai menyaksikan ramai mangsa kehilangan sepenuhnya harta benda.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berkata, arus air terlalu deras dan cepat naik sehingga rata-rata mangsa banjir terlibat tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah.

“Ekoran musibah ini, ia menyukarkan mereka untuk bangkit semula kerana belum pun berakhir kemelut ekonomi dihadapi rakyat kesan penularan Covid-19, kini diuji pula dengan banjir.

“Saya berpandangan, adalah wajar kerajaan Pusat dan Perdana Menteri mempertimban bantuan khas RM5,000 untuk setiap keluarga terlibat.

“Ini kerana, rata-rata mangsa adalah golongan berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan kerajaan bagi memulihkan kembali kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri berkata, dengan RM5,000 itu nanti, membolehkan mereka membeli peralatan rumah yang rosak seperi periuk nasi elektrik, televisyen, mesin basuh dan peti ais.

“Saya percaya, mangsa terlibat akan berhemah dalam perbelanjaan wang itu demi memulihkan kehidupan mereka. Apa yang penting kerajaan perlu segera membantu rakyat untuk bangkit semula.

“Tangguhkan sementara projek-projek mega yang ingin dilaksanakan seperti projek 5G dan beri tumpuan penuh kepada membantu rakyat yang terjejas teruk ekoran musibah banjir kali ini.

“Saya percaya, dengan bantuan RM5,000 itu akan memberikan senyuman kepada mangsa terlibat kerana ia begitu diperlukan mereka untuk kembali bangkit,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Banjirbantuan khasKeluarga terjejas banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd