• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salur Bantuan Wang Tunai Cara ‘Turun Padang’

oleh Mohd Arshad
26/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG: Mekanisme penyaluran bantuan wang tunai kepada mangsa banjir sepatutnya dibuat berteraskan kaedah ‘turun padang’ berbanding proses permohonan yang merumitkan.

Peniaga, Ibrahim Abg Aziz, 60, yang tinggal ibarat sehelai sepinggang selepas rumahnya, di Kampung Batu 12, ditenggelami banjir menyifatkan proses permohonan bantuan RM1,000 oleh kerajaan terlalu renyah.

Kesal dengan corak penyampaian bantuan sedemikian, beliau meminta supaya kerajaan dan agensi yang terbabit dengan penyaluran wang tunai kepada mangsa banjir untuk mempermudahkan proses berkenaan.

“Kenapa sejak dulu, kalau banjir, mesti mangsa yang masih berhempas-pulas, terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran dan usaha membina semula kehidupan, perlu berdepan dengan kerumitan proses permohonan bantuan.

“Bukankah lebih baik kalau ada jawatankuasa atau agensi tertentu yang dilantik untuk turun padang, pergi dari satu rumah ke rumah, di kawasan terjejas banjir untuk mengambil maklumat mangsa.

“Selepas maklumat yang diambil ditentu sahkan, bantuan kemudian disalurkan sama ada secara tunai atau dikreditkan ke akaun mangsa.

“Ini tidak, setiap kali banjir, masing-masing keliru macam mana nak mohon bantuan wang tunai yang amat diperlukan untuk membina semula kehidupan kami,” katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hadir bagi meninjau keadaan mangsa banjir, menunaikan solat Zuhur di Masjid Al-Istiqamah, di sini.

Beliau kemudian ditemani Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, meluangkan masa lebih sejam untuk melawat empat rumah mangsa banjir.

Pengusaha kedai, Cong Lee Chu, 59, pula berkata hampir 95 peratus daripada perkakas dan kelengkapan perabot rumahnya musnah dalam insiden banjir, 18 Disember lalu.

“Air naik terlalu cepat dan saya tidak dapat menyelamatkan harta benda. Kini, saya hanya harapkan ihsan orang ramai serta bantuan kerajaan untuk ringankan bebanan sekeluarga.

“Bantuan wang tunai itu akan digunakan untuk membeli kelengkapan rumah yang rosak, selain bagi menampung pembelian keperluan asas,” katanya.

Penjawat swasta, yang hanya ingin dikenali sebagai Ebby, 41, berkata keluarganya ada menerima borang permohonan bantuan wang tunai dari balai raya berdekatan.

Bagaimanapun, katanya, pelbagai kekeliruan timbul berhubung proses permohonan dan jenis dokumen sokongan yang diperlukan, sekali gus menyukarkan penyaluran bantuan berkenaan.

“Saya tanya jiran pun mereka tidak pasti, malah banyak dokumen penting tidak dapat diselamatkan dalam banjir tempoh hari,” katanya.

BHonline-

Tags: bantuan wang tunaimangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd