• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kesesakan PPS Diselesaikan

oleh Mohd Arshad
24/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Sebanyak 78 lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tambah di seluruh negara bagi menampung pertambahan mangsa banjir dan mengelak kesesakan.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, sebelum ini ada 5,731 PPS berdaftar di seluruh negara dan 78 PPS lagi dibuka beberapa hari lalu menjadikan jumlahnya 5,809.

“Isu kesesakan di PPS sudah diatasi. Banjir di sesetengah kawasan penempatan tidak dijangka dan ada kawasan yang tidak pernah kena banjir sebelum ini, jadi tidak adil jika mangsa pergi ke PPS tetapi tidak dibenarkan masuk.

“Keutamaan kita adalah keselamatan mereka jadi kita benarkan mereka masuk dan disediakan makanan. Mereka dibenarkan berteduh di situ sehingga PPS lain di sekitar kawasan itu disediakan, iaitu yang sebelum ini tidak didaftarkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Wisma Belia Indera Mahkota, hari ini.

Beliau mengakui kesesakan di PPS menyebabkan ketidakselesaan tetapi ia adalah langkah sementara bagi memastikan mangsa terbabit menerima bantuan dan makanan secukupnya berbanding tinggal di kediaman yang dinaiki air.

Sementara itu, Rina berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan boleh menghulurkan bantuan terus kepada mangsa banjir.

“Kita tidak halang mereka berbuat demikian kerana ia mengurangkan karenah birokrasi,” katanya.

“Bagaimanapun, jika NGO menyumbang menerusi PPS atau pusat pengumpulan, pengurusan boleh merekodkan sumbangan dan kenal pasti keperluan mangsa banjir dan mengedarkannya mengikut keperluan mereka,” katanya.

BHonline-

Tags: BanjirPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd