• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Kemas Kini Jumlah Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
24/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang mengemas kini jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam bencana banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata jawatankuasa pengurusan bencana dan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dalam proses mengemas kini data bagi memudahkan penyaluran bantuan.

Bencana banjir fasa kedua di tiga daerah iaitu Kemaman, Dungun dan Setiu membabitkan 423 mangsa daripada 122 keluarga berakhir pada Selasa lalu.

“Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan satu di Setiu, Kemaman (tiga) dan enam di Kemaman dibuka ketika banjir gelombang kedua bermula 17 Disember,” katanya dihubungi hari ini.

Hanafiah yang juga Timbalan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, seramai 224 mangsa daripada 75 keluarga dipindahkan di 10 PPS ketika banjir fasa pertama 2 hingga 6 Disember lalu.

Katanya, dua PPS dibuka di daerah Kuala Nerus, Setiu (enam) dan masing-masing satu di daerah Kuala Terengganu dan Besut ketika banjir gelombang pertama melanda negeri ini.

“Jawatankuasa pengurusan bencana negeri sudah membuat persiapan sejak Januari lalu termasuk proses pasca banjir terutama membabitkan kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir.

“Kita dimaklumkan proses pembersihan kediaman mangsa banjir dilakukan secara bergotong royong membabitkan penduduk kampung dengan dibantu pelbagai agensi kerajaan,” katanya.

BHonline-

Tags: mangsa banjirTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd