• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LZS Perkasa Pengurusan Zakat Ke Arah Digitalisasi

oleh Mohd Arshad
24/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENUJU ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengorak langkah memacu pe- ngurusan zakat ke arah agenda digitalisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop, berkata IR 4.0 adalah realiti masa kini yang mana setiap organisasi perlu mengambil langkah drastik ke arah perubahan bagi memastikan ia kekal relevan dengan arus perkembangan semasa dan berdaya saing pada masa hadapan.

Katanya, LZS tidak ketinggalan dalam menyokong pertumbuhan teknologi dan pembangunan platform media sosial yang mampu memberi impak positif dalam kehidupan harian masyarakat kini.

“LZS melihat sosial media sebagai platform terbaik mendekati pembayar dan penerima zakat. Impak positifnya seperti memudahkan komunikasi dan maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat serta meluas.

“Ia peluang besar untuk LZS meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan zakat, terutamanya aspek pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan zakat serta pengalaman pelanggan untuk membuat sebarang pembayaran serta permohonan bantuan zakat,” katanya.

Sehingga kini, jumlah fakir, miskin di Selangor adalah seramai 65,000 keluarga termasuk 14,800 keluarga menerima bantuan makanan setiap bulan.

Beliau berkata, adaptasi dan penerokaan digital dalam perkhidmatan serta pengurusan zakat kini menjadi pemangkin utama LZS dalam meneraju perubahan itu.

“Antara digitalisasi LZS untuk pengeluar zakat dan juga asnaf adalah Portal Asnaf Self Administration Service (ASaS) atau Portal bersemuka.

“LZS juga menyediakan Asnaf Online bagi permohonan bantuan dalam talian seperti situasi negara kini berdepan dengan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Perkhidmatan digitalisasi, LZS memberi kemudahan kepada umat Islam – FOTO LZS

Pada masa sama, LZS turut melaksanakan E-Dialisis, E-Pendi- dikan,E-PAK, EzakatOnline, E-SPG, E-Majikan, EzakatOnline (EZO) dan aplikasi peranti Zakat Selangor.

Saipolyazan berkata, dua strategi utama dibangunkan bagi meneraju perubahan itu dalam usaha merealisasikan misi LZS untuk memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalisme pengurusan urusan kutipan dan agihan zakat.

Katanya, strategi pertama adalah memfokuskan kepada meningkatkan keberkesanan agihan zakat dengan penambahbaikan berterusan terhadap operasi agihan.

“Strategi kedua, memperkasakan pengurusan zakat di LZS dengan pengaplikasian teknologi terkini sesuai dengan IR 4.0 dan objektif memaksimumkan kutipan serta pengurusan zakat,”katanya.

Mengulas mengenai cabaran LZS dalam digitalisasi IR 4.0, beliau berkata mengurus persepsi masyarakat pada era sosial media bukan mudah kerana ada maklumat yang boleh menyebabkan salah faham seterusnya menimbulkan ketidakpuasan hati dan ketidakyakinan masyarakat terhadap sistem perkhidmatan zakat.

Katanya, ia berlaku kerana kurangnya pendedahan atau maklumat jelas mengenai penggunaan dana zakat yang diterima.

“Selain itu terlalu banyak dakwah di era digital seperti maklumat belum tentu sahih, mendorong individu membuat agihan sendiri yang akhirnya tidak sampai kepada asnaf sepatutnya.

“Cabaran lain adalah kekurangan infrastruktur dan kemahiran digital dalam kalangan warga asnaf untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Beliau turut berharap, melalui perkhidmatan secara digitalisasi, LZS akan lebih telus dan berkualiti dengan meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap kompetensi, kredibiliti dan ketelusan institusi zakat.

-Berita Harian

Tags: LZSZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd