• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Lori, Sukarelawan Lupuskan Sampah Pukal Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
23/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Selangor memerlukan bantuan lebih banyak lori dan sukarelawan bagi mempercepatkan operasi pembersihan sampah pukal di kawasan terjejas akibat banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerja pembersihan sampah pukal itu membabitkan 1,200 petugas KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEB) iaitu syarikat penuh milik kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, tenaga sukarelawan diperlukan untuk mengangkut sampah rumah penduduk yang tidak dapat diakses lori sampah.

“Di lorong kecil, petugas kita tidak mampu sepenuhnya, kita memerlukan sukarelawan bagi mengangkut sampah keluar dari rumah dan lorong ke jalan besar, di jalan besar nanti pihak KDEB Waste boleh pungut dan uruskan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Operasi Pembersihan KDEBWM Pasca Banjir di Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Seksyen 16 di sini hari ini.

Pada masa sama katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan pihak yang boleh menyumbangkan lori bersesuaian untuk mengangkut sampah berkenaan.

“Kita ada lebih 400 lori seluruh Selangor untuk angkat sampah ini, tetapi kalau mana-mana pihak hendak bagi lori kita sangat hargai.

“Sebab semakin banyak lori semakin cepat kita dapat bersihkan sampah banjir di kawasan terjejas. Rumah di kawasan taman agak mudah sebab jalan mereka boleh akses lori, tetapi jalan di kampung seperti ini agak sukar (lori masuk),” katanya.

Amirudin berkata, pihaknya menyasarkan proses pembersihan itu selesai dalam tempoh satu hingga dua minggu tetapi bergantung kepada keadaan semasa.

“Hari ini saya sudah minta waktu pengoperasian kawasan pelupusan sampah Jeram Sanitary Landfill di Jeram, Kuala Selangor dilanjutkan daripada jam 8 malam sehingga 11 malam bagi mengelakkan lori sampah beratur panjang untuk membuang sampah pukal banjir di fasiliti itu,” katanya.

Sementara itu katanya, pihaknya sedang mempertimbangkan agar kenderaan mangsa banjir yang tersadai di tepi jalan dialihkan ke tempat sesuai.

“Apabila banyak kereta tersadai ini, ini menyukarkan lori masuk ke kawasan ini, jadi kita untuk memindahkan ke satu lokaliti yang memudahkan pergerakan kenderaan pembersihan kita,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Banjirmangsa banjirSampah pukal mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd