• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Madinah Tidak Musnahkan Versi Asal Laporan Audit 1MDB

oleh Mohd Arshad
22/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa beliau tidak memusnahkan versi asal Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Madinah, 65, berkata demikian ketika prosiding kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana ia mengandungi maklumat dan bukti yang material mengenai 1MDB.

Merujuk kepada Dokumen Laporan Pengauditan 1MDB bertanda watermark ’09’, Madinah yang juga saksi ke 12 turut mengesahkan bahawa ia adalah Laporan Pengauditan 1MDB yang telah dimuktamadkan.

Ia yang mana katanya, telah ditunjukkan oleh Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad kepadanya, sebelum pembentangan laporan audit berlangsung.

“Nor Salwani memaklumkan kepada saya bahawa dia menyimpan salinan asal Laporan Pengauditan 1MDB, kerana mahu mendapatkan arahan Ketua Audit Negara yang baharu (iaitu saya).

“Ia sama ada laporan akhir ini patut dimusnahkan, lalu saya membuat keputusan untuk tidak memusnahkan laporan tersebut,” katanya.

Ketika perjumpaan itu, beliau mengetahui bahawa laporan Pengauditan 1MDB telah dicetak sebanyak dua kali iaitu pertama pada awal 2016 manakala kedua pada 2 Mac 2016.

Selepas cetakan pertama dibuat beliau berkata, isi kandungan laporan telah diubah dengan menggugurkan beberapa perenggan.

Ketika membaca pernyataan saksi, Madinah berkata, memandangkan ketika itu Laporan Pengauditan 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, beliau tidak dapat mendedahkan kewujudan dua versi laporan itu kepada mana-mana pihak.

“Namun, pada 15 Mei 2018, ia diklasifikasikan semula selepas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengarahkan laporan tersebut diletakkan sebagai dokumen terbuka.

“Justeru, pada 3 dan 16 Ogos 2018, saya telah mengarahkan salinan laporan itu diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan atau ‘Council of Emminent Persons’, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pada 30 Ogos 2018, saya telah mendedahkan wujudnya dua versi laporan itu di mana beberapa perenggan telah digugurkan dan dipinda kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.

Mengikut pertuduhan, Najib, 69, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung petang ini.

-Sinar Harian

Tags: 1MDBlaporan audit 1MDBMadinah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

1MDB: JPMorganChase Akan Bayar Penyelesaian RM1.4 Bilion Kepada Kerajaan – MOF

1MDB: JPMorganChase Akan Bayar Penyelesaian RM1.4 Bilion Kepada Kerajaan – MOF

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan JPMorganChase telah menyelesaikan semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan bank Amerika itu akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd