• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Joon Yong Pecah Dominasi Pelumba Eropah Peringkat Kelima

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH Korea Selatan, Seo Joon Yong berjaya memecah dominasi pelumba Eropah dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 apabila memenangi peringkat kelima dari Kuala Terengganu ke Kuantan, hari ini.

Kejayaan tersebut menyaksikan pelumba berusia 26 tahun daripada pasukan KSPO Cycling Team itu muncul sebagai pelumba Asia kesembilan memenangi peringkat perlumbaan dalam sejarah jelajah berprestij itu.

Sebagi rekod, pelumba Asia yang pernah menjuarai perlumbaan peringkat ialah pelumba Hong Kong, Wong Kam Po (2000), pelumba Jepun, Shinichi Fukushima (2007), pelumba Indonesia, Samai Samai (2009), Taiji Nishitani (Jepun) dan pelumba Malaysia, Anuar Manan (2010).

Pelumba Jepun, Takeaki Ayabe (2011), pelumba China, Wang Meiyin (2013) dan juara jersi kuning 2014, Mirsamad Pourseyedigolakhour dari Iran.

Pada perlumbaan jarak paling jauh iaitu 200km hari ini, Joon Yong menamatkan saingan dengan catatan masa 4 jam 18 minit 47 saat.

Tempat kedua dan ketiga turut dikuasai oleh pelumba Asia iaitu pelumba Indonesia, Jamalidin Novardianto daripada pasukan Pegasus Continental Cycling Team dan wakil Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Adiq Husainie Othman.

Kedua-dua pelumba itu menamatkan saingan dengan catatan masa sama iaitu 4 jam 19 minit.

Tiga lagi pelumba merakamkan catatan masa yang sama iaitu pelumba Jepun, Yasuharu Nakajima daripada pasukan Aisan Racing Team, pelumba Indonesia, Patria Rastra (Pegasus Continental) dan pelumba Tunisia, Meher Hasnaoui daripada pasukan Skydive Dubai Pro Cycling Team.

Dalam perlumbaan hari ini, Joon Yong mengambil langkah berani dengan melakukan serangan terhadap kelompok pendahulu lapan pelumba sebelum berjaya melakukan pecutan solo ke garisan penamat.

Mengulas kejayaan itu, Joon Yong berkata perlumbaan tersebut amat sukar berikutan kelompok peloton belakang terpaksa mengejar kelompok utama, majoritinya pelumba Asia, yang telah menjarakkan masa sehingga 14 minit pada 10km terakhir perlumbaan.

“Hari ini saya gembira kerana menamatkan perlumbaan di tempat pertama selepas banyak percubaan sebelum ini…jadi saya bangga dengan pencapaian ini.

“Melihat kumpulan pecahan di hadapan, saya mengingatkan diri untuk mempercepatkan kayuhan untuk mengejar dan hasilnya berbaloi,” katanya.

Juara peringkat ketiga Caleb Ewan daripada pasukan Orica GreenEdge hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-12.

Bagaimanapun, pelumba Australia itu berjaya mengekalkan jersi kuning, selaku pendahulu keseluruhan dan juga jersi biru, selaku Raja Pecut.

“Ia sentiasa baik untuk memakai jersi ini untuk beberapa hari tetapi perlumbaan belum selesai…jadi saya tidak mahu meletakkan harapan begitu banyak untuk menjaga kedua-dua jersi ini,” katanya.

Esok, kesemua 124 pelumba akan bersaing pada peringkat keenam, iaitu peringkat paling dekat iaitu 96.6km dari Maran ke Karak, melibatkan tiga zon pecutan di Chenor, Temerloh dan Mentakab. – BERNAMA

Tags: LTdL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran Selepas 2 Tahun

25/03/2018
0

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran selepas dua tahun apabila menjuarai peringkat ketujuh...

Harrif Puas Hati Tamat Kemarau Raih Podium

22/03/2018
0

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan kemarau enam tahun untuk meraih kedudukan podium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd