• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGA Bakri Turut Bantu Mangsa Bah Di Selangor

oleh Mohd Arshad
22/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar diarah memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam pada Sabtu dan Ahad lalu.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6, Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, pihaknya bekerjasama dengan Briged Tengah PGA Cheras dan Briged Utara PGA Ipoh Perak dalam misi bantuan berkenaan.

“Kerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di dalam menyelamatkan mangsa yang terkandas dan memindahkan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berdekatan.

“Seorang pegawai dan 41 anggota PGA Muar juga ditugaskan untuk membantu IPD Shah Alam di lokasi banjir di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salehin berkata, sebanyak tiga kenderaan pacuan empat roda, dua lori dan dua bot, digunakan di kawasan banjir di Shah Alam.

“Batalion 6 PGA Bakri Muar turut membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan NGO untuk menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir yang terjejas.

“Walaupun Batalion 6 PGA kini ditugaskan di dalam penugasan Op Benteng menjaga sempadan perairan pantai barat Johor dan sebahagian Selangor, pihaknya sentiasa siap sedia untuk diatur gerak bagi membantu masyarakat yang berada di dalam kesusahan.

Katanya, komitmen padu dalam menjalankan tugas berkenaan seiring dengan matlamat pihak polis dalam menyampaikan khidmat bakti yang terbaik kepada masyarakat yang kini dalam kesusahan dan memerlukan.

BHonline-

Tags: mangsa banjirPGA Bakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd