• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Orang Awam Terperangkap Di Kenaboi Diselamatkan

oleh Mohd Arshad
22/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU: Seramai 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan susulan banjir yang melanda Taman Negeri Kenaboi, Jelebu, dua hari lepas diselamatkan Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD).

Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM), dua pegawai dan 23 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 15 RAMD diatur gerak membantu mangsa banjir di lokasi itu.

“Terdahulu, beberapa anggota tentera telah menemui tiga orang awam yang sedang mencari bekalan makanan pada jam 11.15 pagi.

Susulan itu, satu kumpulan tinjau diatur gerak untuk mencari laluan masuk dan mengenal pasti jumlah orang awam yang memerlukan bantuan,” katanya.

“Susulan daripada itu, satu kumpulan tinjau diatur gerak untuk mencari laluan masuk dan mengenal pasti jumlah orang awam yang memerlukan bantuan.

“Kumpulan tinjau akhirnya berjaya menemui 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan sejak dilanda banjir dua hari lalu,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bantuan bekalan makanan serta ubat-ubatan seterusnya dibawa masuk ke Taman Negeri Kenaboi bagi membantu mangsa yang terlibat.

“Seramai 31 orang bersetuju untuk dibawa keluar dan ditempatkan di Kem Rekreasi Bukit Perjuangan, manakala baki 19 orang yang enggan keluar telah dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jelebu untuk tindakan selanjutnya.

“Gerakan mencari dan menyelamat seperti ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam,” katanya.

BHonline-

Tags: BanjirTaman Negeri Kenaboi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd