• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Omicron: Harga Minyak Turun 2 Peratus

oleh Mohd Arshad
21/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA : Harga minyak merosot kira-kira dua peratus pada Isnin berikutan peningkatan kes varian Covid-19, Omicron di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan pelabur terhadap sekatan baharu yang mungkin dilakukan ke atas perniagaan, sekali gus mengurangkan permintaan bahan api.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$1.36 (RM5.74), atau 1.9 peratus kepada AS$72.16 (RM304.80) setong manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turun AS$1.51 (RM6.38) atau 2.1 peratus kepada AS$69.35 (RM292.93) setong.

Penganalisis pasaran di CMC Markets, Kelvin Wong berkata, sentimen lemah dalam harga minyak adalah sejajar dengan kelemahan yang dilihat dalam niaga hadapan e-mini S&P 500 dan Nasdaq 100.

“(Ini) disebabkan kebimbangan sekatan yang akan berlaku terhadap aktiviti ekonomi untuk membendung penularan semasa varian Omicron Covid-19 di seluruh dunia yang mungkin meningkatkan risiko kelembapan permintaan,” katanya.

Belanda telah memulakan perintah berkurung pada Ahad dan kemungkinan lebih banyak sekatan Covid-19 dikenakan menjelang cuti Krismas dan tahun baharu di beberapa negara Eropah.

Di Amerika Syarikat, penasihat perubatan Rumah Putih, Dr. Anthony Fauci menggesa individu yang melakukan perjalanan untuk melawat orang tersayang mendapatkan suntikan penggalak dan sentiasa memakai topeng di ruang awam yang sesak.

Sementara itu, firma tenaga AS minggu ini menambah pelantar minyak dan gas asli untuk minggu kedua berturut-turut.

Kiraan pelantar minyak dan gas, penunjuk awal pengeluaran masa depan, meningkat tiga kali ganda kepada 579 dalam seminggu hingga 17 Disember, tertinggi sejak April 2020, kata firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes Co. dalam laporannya.

Namun, eksport yang lebih rendah dijangka dari Rusia dengan eksport dan transit minyak dari negara itu dirancang pada 56.05 juta tan pada suku pertama 2022 berbanding 58.3 juta tan pada suku keempat 2021.

-Utusan Online

Tags: harga minyakvarian omicron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd