• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Finas Sediakan Studio Merdeka Sebagai Pusat Penempatan Mangsa

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Susulan banjir yang melanda Lembah Kelang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menawarkan bantuan kepada mangsa bencana alam itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Prof Md Nasir Ibrahim, sejak Sabtu, pihaknya menyediakan pusat penempatan banjir di Studio Merdeka di Hulu Kelang.

Md Nasir memaklumkan, kemudahan di Studio Sound Stage, Dataran Karyawan dan Concourse Mixstage di Kompleks Studio Merdeka boleh menempatkan kira-kira 1,000 mangsa banjir.

“Selain itu, aset Finas seperti tiga kenderaan pacuan empat roda dan lima van siap siaga untuk digunakan dalam misi bantuan mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Selain menawarkan pusat penempatan banjir, Finas juga memperuntukkan RM20,000 untuk bantuan kilat mangsa banjir.

“Derma kilat untuk Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Kelab Suka Sosial Finas juga sudah dilancarkan.

“Selain itu, Rumah Prihatin bersetuju menyumbang bakul makanan kepada mangsa banjir,” katanya.

Beliau juga berkata, Finas sedang sedia membantu anak seni yang terkesan dengan bencana banjir dan pihaknya sedang mengenal pasti mereka yang terjejas.

Namun, menurut Md Nasir, sejak dibuka pada Sabtu, belum ada mangsa banjir ditempatkan di kompleks berkenaan.

Dalam pada itu, Md Nasir memaklumkan, empat kakitangan Finas turut menjadi mangsa banjir apabila rumah mereka ditenggelami air dan bantuan kewangan serta bakul makanan telah diberikan.

Finas turut membuka talian hotline 012-3155805 kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan perbadanan itu.

Awani-

Tags: BanjirFinaspusat penempatan mangsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkhidmatan Tren Di Beberapa Kawasan Dibatalkan

Next Post

Operasi Pencarian Baki PATI Bot Karam Dihentikan

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Operasi Pencarian Baki PATI Bot Karam Dihentikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd