• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Alternatif Rakyat Jadi Suara Ketiga Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
16/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sebuah parti politik baharu, Parti Alternatif Rakyat (PAP) akan ditubuhkan sebagai suara ketiga rakyat selaras dengan ideologi memartabatkan jati diri, hak dan kepentingan rakyat Malaysia.

Presiden Jawatankuasa Penaja PAP, Zulkifli Mohd Noor berkata pihaknya telah menghantar permohonan mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam dan masih menunggu kelulusan.

“Selepas mendapat kelulusan daripada ROS, kami akan melancarkan parti baharu ini di Kuala Lumpur. Sementara menunggu kelulusan itu, kami akan patuh arahan pihak ROS yang boleh dan tidak boleh kami lakukan sehingga disahkan mendapat sijil rasmi kelak,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan penubuhan jawatankuasa penaja PAP di sini, hari ini.

Beliau berkata penubuhan parti baharu yang berlandaskan ideologi liberal demokratik itu juga berhasrat untuk mempersiapkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, kelak.

Katanya, calon akan dihantar bertanding di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di seluruh negara.

Zulkifli berkata selain 25 anggota jawatankuasa penaja, pihaknya telah mengenal pasti pemimpin di peringkat negeri, kawasan Parlimen dan cawangan serta mengembangkan parti itu ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keahlian PAP terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan tidak akan menyekat anggota daripada mana-mana parti politik lain untuk menyertai parti berkenaan.

“Kami memberi peluang kepada anak-anak muda, mereka yang tidak menjadi ahli mana-mana parti, mereka ingin tinggalkan dan sudah tinggalkan parti mereka.

Mereka yang tiada platform untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum dan kecil.

“Mereka yang terdiri daripada pesara angkatan tentera, polis dan anggota keselamatan yang lain bolehlah menyertai atau sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada parti ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Penyandang Kerusi Seharusnya Bertanding PRK – DAP Johor

Parti Penyandang Kerusi Seharusnya Bertanding PRK – DAP Johor

05/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Parti penyandang kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini,...

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

21/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd