• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Diramal Berterusan Di Beberapa Negeri Sehingga Esok

oleh Mohd Arshad
18/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan sehingga esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Berikutan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di Hilir Perak dan Muallim di Perak, Gua Musang (Kelantan), Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Pekan (Pahang), Sepang (Selangor), Jelebu (Negeri Sembilan) dan Putrajaya.

Jabatan itu dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran waspada bagi beberapa kawasan yang dijangka berlaku hujan berterusan iaitu Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang di Perak serta Pulau Pinang.

Amaran waspada juga melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, Terengganu, Bera dan Rompin di Pahang, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, Melaka serta Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat di Johor.

Hujan lebat tanpa henti sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir hari ini dengan penduduk dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara.

Sejumlah besar pengguna jalan raya turut terkandas di dalam kereta berikutan laluan ke rumah mereka ditenggelami air.

Selain Lembah Klang, beberapa negeri lain terutamanya di pantai timur Semenanjung turut terjejas akibat banjir musim tengkujuh kali ini.

Bernama-

Tags: Banjirhujan lebatMetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd