• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Laluan Lebuh Raya Di Lembah Klang Terhalang, Plaza Tol Ditutup

oleh Mohd Arshad
18/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang sejak tengah hari tadi selain berberapa plaza tol turut ditutup, berikutan banjir akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam.

Keadaan itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan terkandas.

Hasil semakan di Twitter rasmi info trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati lebuh raya dan plaza tol yang terlibat adalah Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Plaza Tol Shah Alam serta Plaza Tol Bukit Raja.

Maklumat terkini setakat 6.07 petang tadi menunjukkan banjir di NKVE kilometer (KM) 8.3 arah Selatan dari Shah Alam ke Setia Alam menyebabkan semua lorong masih terhalang, namun laluan keluar mandatori diaktifkan melalui Plaza Tol Subang.

Selain itu, semua lorong NKVE KM 8.3 arah Utara dari Setia Alam ke Shah Alam turut terhalang.

Bagi Elite pula, semua lorong di KM 3.0 arah Utara dari Seafield ke Shah Alam serta KM 3.0 arah Selatan dari Shah Alam ke Seafield terhalang, justeru, pengguna jalan raya perlu menggunakan laluan alternatif.

Semua lorong masuk di Plaza Tol Bukit Raja ditutup berikutan banjir di KM 8.7 arah utara dari Setia Alam ke Shah Alam sejak 3.36 petang tadi, manakala semua lorong di Plaza Tol Shah Alam turut ditutup sejak 2.29 petang.

Sementara itu, beberapa wartawan Bernama turut terkandas di beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ketika sedang membuat liputan banjir.

Berdasarkan tinjauan Bernama di Lebuhraya Persekutuan, di sini, puluhan kenderaan terkandas digenangi air susulan hujan lebat sejak tengah hari semalam serta tidak dapat bergerak.

Turut terjejas banjir adalah di sekitar Jalan Raja Muda Musa di Kampung Baru dan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Ipoh.

Paras air di Sungai Gombak juga dilihat hampir melimpah berikutan hujan yang berterusan.

Di Shah Alam, tinjauan Bernama mendapati jalan-jalan yang menghubungkan Setia Alam dengan Bandar Bukit Raja dan Meru masih ditenggelami air sehingga setinggi dua meter di beberapa tempat.

Kedai-kedai runcit dan serbaneka juga didapati mengalami kesesakan yang agak luar biasa susulan ramai penduduk membeli barangan makanan dan keperluan kerana bimbang situasi banjir hari ini akan berlarutan.

Di USJ, aliran trafik di lebuh raya NKVE menuju ke Shah Alam terpaksa dilencongkan di susur keluar 104 Subang susulan banjir di atas lebuh raya itu.

Bernama-

Tags: Banjirlebuh rayaPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd