• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Didakwa Bunuh, Culik Juruteknik

oleh Mohd Arshad
17/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh, menculik serta menyamar sebagai polis di Bandar Springhill, Lukut di sini, bulan lalu.

Tertuduh, A. Devadas, 41, yang merupakan seorang pengawal keselamatan dan P. Xavier, 43, yang bekerja sebagai pemandu lori mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V.Vanita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh bagi dua dari tiga pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh bersama-sama dua orang yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas telah didakwa membunuh dan melarikan seorang juruteknik lelaki, A.Vasuden, 39.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut di sini antara pukul 5.40 hingga 9.45 pagi pada 13 November lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua iaitu melarikan mangsa, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 364 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati perlu disebat.

Pertuduhan ketiga pula, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama dua orang yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas, telah didapati menyamar sebagai penjawat awam iaitu polis di mana tertuduh bukanlah seorang penjawat awam yang sah.

Kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan dalam prosiding kes. Kesalahan itu dilakukan mereka pada masa dan lokasi yang sama.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang boleh dihukum penjara dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Sukhdev Singh.

Majistret kemudiannya menetapkan 27 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan bagi kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, suspek yang menyamar sebagai anggota polis telah pergi ke rumah mangsa dan memaklumkan kedatangannya adalah untuk siasatan kes samun.

Suspek seterusnya meminta isteri mangsa mengeluarkan barang kemas hasil daripada samun dilakukan suaminya yang juga si mati.

Kemudian suspek mengarahkan mangsa mengikutnya menaiki sebuah van di hadapan rumah, namun mangsa enggan menyebabkan suspek memukul dan mengheretnya sebelum dilarikan.

Mangsa telah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor pada pukul 4.30 petang, hari kejadian.

UtusanOnline-

Tags: juruteknikkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd