• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Anggota Polis Disiasat

oleh Mohd Arshad
17/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Empat anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes seorang tahanan lelaki Rohingya digelar Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, kelmarin.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu utama dalam kejadian itu adalah kecuaian.

Beliau berkata, empat anggota polis itu disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai menyebabkan orang tahanan lari.

“Polis sudah membuka IP (kertas siasatan) untuk empat anggota itu yang disiasat mengikut Seksyen 223 KK, cuai menyebabkan pembolosan tahanan.

“Kita juga sedang mengambil tindakan susulan. Bukan gantung, bukan tahan kerja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau mengulas mengenai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, yang diburu polis selepas melarikan diri ketika ditempatkan dalam lokap Mahkamah Majistret Tangkak.

Ditanya adakah suspek masih berada di Johor, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa suspek kini berada di Melaka.

“Long Tiger dari Penjara Sungai Udang. Dibawa untuk tuduhan di Mahkamah Majistret Tangkak. Memang Tangkak dan Melaka adalah bersempadan.

“Itu yang Long Tiger kemungkinan lari ke Melaka…kemungkinan. Sebab itu Ketua Polis Melaka juga sudah buat kenyataan,” katanya.

-Harian Metro

Nik Ezanee Dilantik Sebagai ADC PM Berkuat Kuasa Hari Ini

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

Tags: anggota polis disiasatlong tigerpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd