• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risau Tun Alami “Personality Disorder”

oleh Mohd Arshad
16/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

Biar aku katakan terlebih dahulu bahawa aku sangat tidak berharap apa yang aku khuatiri tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad ini suatu kenyataan.

Aku risau Tun mungkin mengalami dilema personaliti, split personality, personality disorder atau apa sahaja masalah yang berhubung kait dengan personaliti.

Masalah personaliti itu yang mungkin menyebabkan Tun pernah dilabelkan sebagai suratkhabar lama dan muka tidak boleh dipercayai oleh DS Azmin Ali.

Mungkin masalah personaliti itu juga yang menyebabkan Tun dikatakan sebagai pemegang rekod lidah bercabang oleh bekas MP Pandan, Rafizi Ramli.

Beberapa hari lalu Tun buat hal sama tetapi tidak serupa sekali lagi. Sekejap kata begitu, sekejap kata begini. Apakah masalah Tun sebenarnya Tuhan saja maha mengetahui?

Dalam satu penulisan Tun di Facebook menggunakan bahasa Melayu, Tun mencerminkan parti barunya Pejuang sebagai parti UMNO yang sebenar.

Tun meminta orang Melayu menyokong Pejuang kerana mendakwa Pejuang parti Melayu yang mendokong semua prinsip dan perjuangan UMNO dahulu atau dalam erti kata lain UMNO yang sebenar.

Bagaimanapun dalam satu penulisan buku menggunakan bahasa Inggeris Tun menggesa perbincangan awam dibuat melibatkan hal ehwal dan peranan sistem raja berperlembagaan.

Tun kelihatan seolah-olah mempersoalkan peranan Raja-Raja Melayu sedangkan termaktub dalam fasal kedua asas dan tujuan penubuhan UMNO demi mendukung dan mempertahankan Raja Berpelembagaan.

Mahathir percaya orang Melayu tidak maju kerana sifat “berserah hampir feudal kepada kerabat diraja dan orang bergelar”.

Kata Mahathir orang Melayu juga cenderung mendapatkan perlindungan daripada raja-raja jika ada sesuatu yang tidak kena.

Ini juga menimbulkan satu lagi persoalan tentang personaliti Mahathir sama ada beliau benar-benar orang Melayu kerana hidup orang Melayu bernaungkan raja-raja mereka.

Harus ingat tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu membentuk Persekutuan Tanah Melayu, Mahathir pun tidak akan merasai nikmat menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan.

Tanpa pengorbanan Raja-Raja Melayu melepaskan sebahagian kuasa mutlak Sultan dan Raja kepada Persekutuan pasti Malaysia masih belum wujud sehingga hari ini.

Tindakan Tun “menyerang” peribadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga membangkitkan isu personaliti seterusnya apabila beliau tanpa cakap siang pandang-pandang menyebut “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”.

Bermaksud raja zalim perlu disanggah, tetapi beliau sendiri pernah terpalit dengan gelaran “maha zalim” dan “mahafiraun” oleh seteru politik yang pernah di-ISA-kan.

Mungkin Tun tidak faham maksud “niamah” apabila mengkritik pertuduhan mahkamah terhadap seorang penyampai radio bukan Melayu atas dakwaan menghina TMJ.

TMJ juga berhak untuk mendapatkan keadilan seperti yang termaktub dalam undang-undang apabila dihina di media sosial walaupun bukan baginda yang membuat laporan polis.

Dan mungkin Tun tidak tahu bahawa UMNO telah mengubahsuai Perlembagaannya daripada bangsa, negara dan agama kepada agama, bangsa dan negara selepas PRU 2018.

Tun masih kata Pejuang adalah UMNO kerana berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Agak mengaibkan. Maka masih relevankah Tun Dr. Mahathir Mohamad?

-Mynewshub

Tags: personality disorderTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd