• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Gesa Isu DNB Dibahas Di Dewan Rakyat

oleh Mohd Arshad
14/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ujarnya, pelaksanaan inisiatif kerajaan itu perlu diperincikan bagi memastikan ketelusan dari segi kos dan syarikat pelaksana pembangunan infrastruktur itu tidak dipertikai kelak.

“Kita telah minta supaya isu ini dibahas, namun ia memang terbatas kerana kita telah kemukakan kepada Kementerian Kewangan, tapi tidak berjawab.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ada yang menjawab, tetapi sebahagiannya mereka tidak tahu, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin jawab bahawa inisiatif ini telah dibentangkan, masih tidak ada maklumat terperinci.

“Bagaimana satu projek yang mungkin mencecah RM20 bilion, kita tidak tahu dan tidak boleh pertahankan dari segi rasionalnya serta apa keperluan sekarang.

“Kemudian kata nak dibuat di bandar, jadi orang yang ada di kampung atau pedalaman Sabah dan Sarawak ini nak tunggu sampai bila? Sudahlah 4G pun tak dapat,” katanya di perkarangan Parlimen hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima salinan memorandum empat muka surat yang menuntut Parlimen mengkaji semula penubuhan DNB.

Memorandum yang dikemukakan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gegar Malaysia, Zainurizzaman Moharam itu antara lain menuntut supaya penilaian terperinci terutamanya impak kesihatan, impak alam sekitar dan impak sosial perlu dilakukan dengan segera dan laporan tersebut adalah terbuka untuk akses orang ramai.

NGO itu turut menuntut supaya kos sebenar bagi pembangunan infrastruktur teknologi 5G dan kos penubuhan DNB dibentangkan di Parlimen.

Mereka juga mahu kementerian bertanggungjawab membuat penyebaran maklumat yang telus dan menyeluruh termasuk perbincangan terperinci dengan pihak berkepentingan, pemain utama industri dan orang ramai bagi mengelakkan sebarang ketirisan berlaku bagi pembangunan infrastuktur 5G di seluruh negara.

Turut hadir di penyerahan MoU berkenaan ialah Pengarah Komunikasi PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Awani-

Tags: Anwar IbrahimDigital Nasional Berhad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd