• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyCare COVID-19 Terima 4,230 Aduan

oleh Mohd Arshad
12/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS: Sebanyak 4,230 aduan dan pertanyaan diterima melalui perkhidmatan MyCare COVID-19 yang diwujudkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula 1 Jun hingga Khamis lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata aduan paling banyak diterima adalah berkaitan urusan pernikahan iaitu 2,590; perkara berkaitan bantuan dan sumbangan (981); kaunseling keluarga (275); kaunseling peribadi (170); urusan cerai (82); rawatan Islam (18); dan lain-lain (114).

“Kalau mengikut umur pula, tiga kumpulan tertinggi mengemukakan aduan melalui MyCare COVID-19 ialah individu yang berumur 20 hingga 29 tahun iaitu 2,116, diikuti individu berumur 30 hingga 39 tahun (1,152 ) dan 305 individu antara 40 hingga 49 tahun,” katanya selepas menyempurnakan program Musa’adah Mangsa Banjir di Balai Raya Kampung Alor Damat, hari ini.

Seramai 15 pegawai dan kaunselor JAKIM ditugaskan khusus dalam memberi khidmat kaunseling dan nasihat terhadap aduan yang diterima melalui pelbagai platform termasuk panggilan telefon, aplikasi WhatsApp dan e-mel.

Inisiatif perkhidmatan MyCare COVID-19 menunjukkan kerajaan memandang serius permasalahan dan isu sosial dalam kalangan rakyat susulan pandemik yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan melalui JAKIM akan bermesyuarat dengan pihak berkaitan bagi meneliti aspek perundangan dan tindakan yang sesuai bagi menangani salah laku golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di platform media sosial dan aplikasi dalam talian.

Mesyuarat yang akan dipengerusikannya pada minggu hadapan membabitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguat kuasa lain.

“Kita tahu benda itu salah dari segi perundangan secara asasnya tetapi mekanisme untuk mengenakan apa-apa tindakan itu perlu diharmonikan semula supaya memberi kesan positif,” katanya.

Ahmad Marzuk berkata, mesyuarat itu akan turut menyentuh mengenai sebuah siri filem bertemakan ‘gay’ dikatakan disiarkan menerusi aplikasi janji temu dan penstriman video bertajuk Stay Away From Me yang dilaporkan media, dilakonkan pelakon lelaki muda tempatan.

Bernama-

Tags: Covid-19MyCARE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd