• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Iklan ‘Gunting Peta Sarawak Dari Malaysia’ Ditanggalkan

oleh Mohd Arshad
10/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Propaganda Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) menggunakan papan iklan memaparkan sebilah gunting tanda simbolik ‘pisahkan Sarawak dari Malaysia’ diturunkan selepas diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Presiden Aspirasi, Lina Soo berkata, beliau diarah menurunkan papan iklan itu secepat mungkin kerana didakwa berunsurkan provokasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

“Saya diarahkan untuk menukar papan iklan ini kerana ia sensitif dan disifatkan sebagai hasutan.

“Saya kata saya kena berhubung dengan kontraktor terlebih dahulu, tapi mereka (SPR) mahu saya turunkannya dengan segera,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.

Bagaimanapun, Lina berkata, beliau akur dengan arahan SPR dan akan menggantikannya dengan papan iklan yang baharu.

Papan iklan itu terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching, berhampiran tugu kucing putih yang memaparkan gambar Lina sebagai calon kerusi Padungan.

Kempen Aspirasi turut memaparkan peta Malaysia ‘digunting’ bagi memisahkan Sarawak dan Malaysia.

Di bawah peta tersebut turut disertakan dengan seruan ‘Undilah untuk kemerdekaan Sarawak!’.

Di sebelah peta itu juga mempunyai seruan ‘Bangunlah Sarawak’, ‘Cukup-cukuplah’ dan ‘Hentikan penderitaan 58 tahun.’

Aspirasi yang meletakkan 15 calon dalam PRN kali ini, menjadi parti kedua Sarawak selepas Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang memperjuangkan propaganda ‘membawa keluar Sarawak dari Malaysia’.

Parti tersebut mula menggunakan lambang rama-rama kebangsaan iaitu Rajah Brooke’s Birdwing bermula awal tahun lalu, selepas dijenamakan semula daripada parti STAR, yang telah bertapak di Sarawak sejak 1996.

-Utusan Online

Tags: 'Gunting peta sarawak dari malaysia'propagandasarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Cabar Kesahan  (Validity) Akta Petroleum Di Mahkamah Persekutuan

Sarawak Cabar Kesahan  (Validity) Akta Petroleum Di Mahkamah Persekutuan

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Kerajaan Sarawak hari ini memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahan (Validity) perlembagaan serta...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd