• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Tanda Tulisan Bangladesh: Juwairiya Kesal, Mohon Maaf

oleh Mohd Arshad
10/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor, Juwairiya Zulkifli memohon maaf berikutan kesilapan cetakan menggunakan tulisan Bangladesh di samping bahasa kebangsaan pada beberapa papan tanda ranting parti itu sekitar Kuala Selangor.

Juwairiya berkata, tindakan segera pembetulan sedang dilakukan berhubung perkara terbabit.

“Saya merasa kesal di atas isu ini dan memohon maaf atas kesilapan yang tidak seharusnya berlaku berkait isu terbabit.

“PKR Cabang Kuala Selangor sentiasa mengangkat prinsip keadilan dan kepedulian untuk seluruh rakyat serta menghormati kepelbagaian bangsa dan agama yang membentuk keluarga besar PKR,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Juwairiya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati memberitahu, PKR merupakan sebuah parti berbilang bangsa dan agama yang mencerminkan kemajmukan masyarakat Malaysia yang sebenar.

“Kepelbagaian ini merupakan satu kekuatan yang harus dipupuk bersama untuk mencapai matlamat yang lebih besar demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan penggunaan beberapa bahasa pada papan tanda ranting cabang itu sekali gus mengundang kecaman pengendali media sosial lain dan ahli politik.

-Sinar Harian

Tags: PKRTulisan Bangladesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd