• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Bangunan Di Perlis Diwartakan Sebagai Tapak Warisan

oleh Mohd Arshad
08/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Tiga bangunan di Perlis iaitu Istana Arau, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) lama dan Masjid Alwi diwartakan sebagai tapak warisan setakat ini, yang perlu dipelihara dan dipulihara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Asmaiza Ahmad berkata, Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama kerajaan negeri mewartakan Istana Arau dan Bangunan SUK lama pada 24 Februari 2011 manakala Masjid Alwi diwartakan pada 2 Februari 2018.

“Ketiga-tiga bangunan ini sentiasa dijaga baik dan diselenggara secara berkala,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini

Beliau menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) yang ingin tahu usaha dan tindakan kerajaan negeri memelihara dan memulihara tapak sejarah serta prasejarah dalam negeri ini.

Asmaiza berkata kerajaan negeri sentiasa komited memastikan tapak sejarah dan prasejarah terus kekal terpelihara sekali gus memberi impak kepada industri pelancongan negara mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dalam melaporkan sebarang jumpaan yang mempunyai nilai warisan kepada pihak Jabatan Warisan Negara.

“Oleh itu, semua pihak harus memberi kerjasama erat bagi memelihara khazanah ini agar tiada pihak mengambil kesempatan dan menceroboh kawasan yang mempunyai nilai sejarah ini.

“Tempat sejarah dan prasejarah merupakan satu aset sangat berharga yang melambangkan identiti sesebuah negeri, latar belakang sejarah inilah yang akan membentuk wajah serta jati diri bangsa Malaysia,” katanya.

Bernama-

Tags: PerlisTapak Warisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd