• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Kluster PRN Melaka

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jasin : Hanya satu kluster membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikesan dalam tempoh dua minggu selepas pilihan raya itu diadakan pada 20 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan berjaya mengawal penularan Covid-19.

Beliau berkata, keadaan itu dapat dilihat apabila kadar kes merekodkan hanya 4.6 peratus peningkatan kes jangkitan Covid-19 sejak dua minggu lalu.

“Bagi PRN yang berlalu dua minggu sudah, kita ada beberapa kes yang berjaya dikawal melalui SOP dan kadar vaksinasi tinggi di Melaka.

“Kita berjaya kawal kadar jangkitan Covid-19 ketika PRN Melaka. Jika dibandingkan dengan PRN Sabah, 70 peratus kenaikan kes direkodkan dalam masa dua minggu di negeri itu berbanding hanya 4.6 peratus di Melaka,” katanya kelmarin.

Beliau berkata, kluster Pulau Gadong berkaitan PRN itu dikesan pada 21 November lalu membabitkan seorang tenaga pengajar sebuah sekolah yang terbabit dalam kempen pilihan raya.

“Dia kini dikuarantin manakala tempatnya bekerja ditutup sementara operasinya sehingga 18 Disember ini.

“Namun begitu tiada pengundi dikesan dijangkiti Covid-19 ketika mengundi di pusat mengundi seluruh Melaka,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Covid-19klusterPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

Insya-Allah Kemenangan Pada 14 November – Khaled Nordin

08/11/2026
0

AYER KEROH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap segala usaha dan gerak kerja jentera Barisan Nasional...

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

04/11/2026
0

MELAKA - Aktiviti meronda kampung dan menyantuni penduduk dengan menunggang motosikal dilihat menjadi antara pendekatan kempen calon yang bertanding pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd