• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Tindakan Sara Hidup Bersidang Khamis Tangani Isu Harga Barang

oleh Mohd Arshad
07/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan bersidang pada Khamis ini, bagi memperincikan langkah jangka sederhana dan panjang dalam usaha kerajaan mengawal kenaikan harga barang keperluan serta kos sara hidup rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu akan turut meneliti langkah lebih menyeluruh dan bersepadu untuk menangani isu berkenaan.

“Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian-kementerian yang berkenaan pada mesyuarat itu.

“Antara perkara akan dibincangkan ialah pergantungan kepada import, kos input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, teknologi pertanian serta penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Anwar mengenai kelewatan mesyuarat itu diadakan, Mustapa menjelaskan, kerajaan sudah mengambil tindakan segera melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam usaha mencari jalan segera menstabilkan harga barang keperluan.

“Tahun lalu, mesyuarat jawatankuasa kenaikan harga ini yang dipengerusikan Menteri KPDNHEP sudah diadakan sebanyak dua kali. Tahun ini, sudah tiga kali mesyuarat diadakan oleh menteri berkenaan yang khusus kepada kenaikan harga ini, selain MAFI dan kementerian lain.

“Saya ingin menjelaskan bahawa perkara yang dibawa Ketua Pembangkang (Anwar) itu, kita sedia maklum dan Jabatan Perangkaan Malaysia juga memantau sekarang. Jika dulu, dua kali sebulan dipantau harga sayur-sayuran, sekarang setiap hari dipantau oleh Jabatan Perangkaan. Kira-kira 30, 40 jenis sayur-sayuran dipantau seperti cili dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menyedari kenaikan harga barang adalah masalah besar yang sedang dihadapi oleh rakyat, dan ia memerlukan tindakan segera untuk mengawalnya.

“Sebab itulah dalam setiap mesyuarat Jemaah Menteri, selalu ditekankan mengenai perkara ini. Walaupun belum dipanggil lagi mesyuarat (NACCOL dan mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet), mesyuarat Jemaah Menteri sudah mengarahkan segala usaha dan tenaga semua kementerian dan agensi bagi memastikan supaya kenaikan harga ini dapat dikawal,” katanya.

Terdahulu, Anwar ketika mengemukakan soalan tambahannya mempersoalkan kelewatan kerajaan memanggil mesyuarat NACCOL dan jawatankuasa khas Kabinet, ketika peniaga serta rakyat terus terbeban dengan kesan kenaikan harga barang keperluan.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Anwar, Mustapa memaklumkan pada minggu lalu, Perdana Menteri sudah mengumumkan kebenaran untuk mengimport ayam bulat bersifat sementara untuk menampung kekurangan bekalan ayam dalam pasaran, selain peruntukan RM262 juta bagi membantu peladang dan petani yang terjejas akibat kenaikan harga baja serta racun.

“Melalui Bajet 2022, kerajaan sudah memperuntukkan RM31 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif, termasuklah pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel, serta minyak masak dan tepung.

“Sebagai contoh, Bajet 2022 memperuntukkan RM200 juta bagi membantu mengurangkan harga barang keperluan penduduk luar bandar dan RM400 juta untuk menstabilkan harga minyak masak,” katanya.

-Berita Harian

Tags: isu harga barangNACCOL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

06/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan isu harga barang dan kos sara hidup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd