• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Tentera Maut Dipukul Anak Sendiri

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA: Seorang pesara tentera berusia 73 tahun maut dipukul dan dicederakan oleh anak lelakinya dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu di Sepang, Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata suspek yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) berusia 48 tahun itu, bertindak memukul dan mencederakan bapanya menggunakan pisau pemotong kek.

“Keterangan awal yang diterima oleh isteri mangsa, mendapati anaknya mengamuk kerana sudah lama tidak memakan ubat yang dibekalkan oleh klinik psikiatrik Hospital Banting kepadanya dan disebabkan itu tingkah lakunya sukar untuk dikawal.

“Dalam kejadian ini suspek cuba mencederakan saksi (isteri mangsa) namun sempat melarikan diri. Suspek yang masih berada di dalam rumah terus bertindak menyerang mangsa.

“Apabila saksi masuk ke dalam rumah, beliau mendapati mangsa sudah terbaring di lantai dalam keadaan berlumuran darah,” katanya dalam sidang media Ops Roda, di Balai Polis Cyberjaya, hari ini.

Wan Kamarul berkata, pihak polis tiba di lokasi kejadian pada jam 7 malam dan menemui mangsa berada di ruang tamu dengan kesan calar di bahagian dada, tangan kiri dan kanan, dipercayai selepas dicederakan oleh suspek ketika kejadian berkenaan.

“Mangsa juga menghidap penyakit anemia, sawan dan tidak bergerak aktif kerana sakit tua,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Kamarul berkata, suspek juga sudah ditahan pada 1 Disember lalu dan kini sedang menjalani tahanan reman sehingga esok.

“Polis juga berjaya menjumpai senjata yang digunakan oleh suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Kamarul berkata, Ops Roda selama empat hari bermula hari ini membabitkan 64 anggota di sembilan lokasi sekitar Cyberjaya.

Ops berkenaan diadakan bagi mengawal pergerakan keluar masuk serta membendung kejadian jenayah di kawasan berkenaan.

BHonline-

Tags: kes pukulpesara tentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Pesara Tentera Amang Seksual Anak Rakan, Dijel Empat Tahun Dan Satu Sebatan

Pesara Tentera Amang Seksual Anak Rakan, Dijel Empat Tahun Dan Satu Sebatan

22/07/2024
0

IPOH – Tindakan seorang pesara tentera melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan rakannya yang berusia 12 tahun, pada Ramadan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd