• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Ugut Ismail Sabri?

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan begitu jelas akan menumbangkan Kerajaan Keluarga Malaysia kononnya andai mencampuri urusan mahkamah.

PN berhujah Kerajaan Keluarga Malaysia mesti memastikan institusi mahkamah termasuk agensi pendakwaan bebas untuk menegakkan keadilan.

Nada peringatan itu tampak hebat, namun kata dua PN terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tersebut sangat diragui.

Pertama, peringatan itu walau nampak suci malangnya sangat terdedah kepada maksud tersirat memandangkan ia diketahui dituju terhadap pendakwaan yang mana.

Amaran PN itu menimbulkan persoalan apakah ia benar-benar tentang soal integriti atau bimbang ahli politik tertentu dibebaskan oleh mahkamah.

Bersabit pertuduhan mahkamah yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu terhadap musuh-musuh politiknya sejurus memenangi PRU-14.

Perkara ini tampak jelas apabila PN dalam peringatannya menyebut:

“Kerajaan tidak boleh tunduk kepada tekanan kumpulan kleptokrat demi kepentingan diri mereka sendiri”

Kedua, peringatan itu seolah-olah berbaur prejudis, suatu penghinaan dan manifestasi tidak percaya gabungan parti politik PN terhadap kepimpinan Ismail Sabri.

Menjadikan kedudukan beliau ibarat telur dihujung tanduk.

On second thought mungkinkah amaran atau peringatan itu yang bertujuan untuk mendesak Ismail Sabri mencampuri urusan mahkamah?

Supaya memastikan ahli politik yang digeruni PN tidak terlepas daripada hukuman mahkamah menjelang PRU-15 atau Ismail Sabri menerima akibatnya.

Persoalan lebih besar adakah PN akan tetap menarik balik sokongan sekiranya ahli politik dimaksudkan dibebaskan walau dengan penghakiman yang telus dan jujur?

Bukankah itu suatu permainan kotor politik untuk menekan dan menghimpit Kerajaan Keluarga Malaysia supaya turut berlaku zalim dan kejam kepada yang boleh mengancam PN?

Dalam keadaan yang sudah begitu sekali senario politiknya kini segalanya terletak kepada keteguhan hati seorang jnsan bergelar Perdana Menteri.

Nota kaki: PN adalah sebuah gabungan parti politik yang turut dianggotai PAS dan kalah teruk kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka baru-baru ini.

-Mynewshub

Tags: Ismail Sbariperikatan nasionalUgut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

01/10/2025
0

Ampang Jaya: Lelaki ditahan selepas memukul dan mengugut ingin menikam bekas tunangnya di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd