• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Myanmar Tiba Untuk Lawatan Negara 2 Hari

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Presiden Myanmar U Thein Sein tiba di sini hari ini dalam lawatan negara sulung dua hari ke Malaysia.

Beliau diiringi isteri, Daw Khin Khin Win sempena lawatan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ketibaan Thein Sein dengan penerbangan sewa khas pesawat Myanmar Airways International pada 12.50 tengah hari tadi, disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Turut hadir menyambut ketibaan Presiden Myanmar itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, yang juga menteri pengiring dan Duta Myanmar di Malaysia U Zaw Myint.

Presiden Myanmar melalui barisan dua pegawai dan 26 anggota daripada Rejimen ke-6 Renjer Diraja yang berdiri di sepanjang permaidani merah, diketuai Kapten Mohd Azwan Arif Mohd Azahari.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Thein Sein yang menjawat jawatan Presiden Myanmar pada 2011 dan isterinya akan mengadap Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Thein Sein juga dijadual mengadakan mesyuarat tertutup dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti mesyuarat delegasi serta menghadiri majlis makan tengah hari rasmi yang dihoskan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut kenyataan itu, Thein Sein dan Najib dijangka membincangkan perkembangan terkini mengenai kerjasama dua hala antara Malaysia dan Myanmar, selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau.

Myanmar merupakan rakan dagang ke-38 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketujuh terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara sebanyak RM3.18 bilion tahun lepas. – BERNAMA

https://youtu.be/X7kp7BO8_dw

Tags: Presiden Myanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Adakan Perbincangan Dengan Presiden Myanmar

13/03/2015
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Myanmar U Thein Sein mengadakan perbincangan empat mata di...

Presiden Myanmar Lawat Malaysia Dua Hari

12/03/2015
0

KUALA LUMPUR - Presiden Myanmar, U Thein Sein akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd