• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Sambut Presiden Myanmar Min Aung Hlaing Dengan ‘Karpet Merah’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Sambut Presiden Myanmar Min Aung Hlaing Dengan ‘Karpet Merah’
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing di Malaysia hari ini sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar memaklumkan pertemuan itu berlangsung dalam suasana saling menghormati sebagai kesinambungan pertemuan mereka di Bangkok pada awal tahun lalu.

Menurutnya, pertemuan selama setengah jam itu memberi ruang kepada kedua-dua pemimpin untuk berbincang secara terbuka mengenai pelbagai isu yang menyentuh kepentingan Malaysia dan Myanmar.

“Memulakan pagi ini dengan menyambut ketibaan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing sempena lawatan beliau ke Malaysia. Saya dan Presiden Aung Hlaing kemudian mengadakan pertemuan empat mata dalam suasana saling menghormati,” katanya

Perdana Menteri berkata, antara perkara utama dibincangkan adalah usaha mencari penyelesaian terhadap isu pelarian Myanmar di Malaysia, khususnya penghantaran pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah tanpa mengira etnik.

Anwar berpandangan perbincangan dan rundingan secara langsung dengan Min Aung Hlaing serta kepimpinan Myanmar penting bagi mencapai penyelesaian lebih menyeluruh terhadap isu berkenaan.

Beliau turut menyifatkan pendekatan sebelum ini yang mengehadkan ruang dialog sebagai tidak membuahkan hasil, malah isu pelarian yang berlarutan selama puluhan tahun terus meruncing sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, katanya, ruang perbincangan berasaskan sikap saling menghormati dan kepercayaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mendapatkan penyelesaian yang nyata.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau dan Min Aung Hlaing turut mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi memperkukuh hubungan Malaysia dan Myanmar.

Perbincangan itu merangkumi kerjasama dalam bidang perdagangan, ekonomi, tenaga dan keselamatan, selain usaha menangani jenayah rentas sempadan yang memerlukan penyelarasan serta komitmen bersama.

Anwar berkata, beliau turut menekankan kepentingan dialog inklusif dalam menjayakan usaha perdamaian dan rekonsiliasi di Myanmar, selain menyatakan kesediaan Malaysia untuk memudah cara proses berkenaan ke arah keamanan berkekalan.

Isu penghantaran pulang warga Myanmar juga dibincangkan dengan penekanan supaya proses berkenaan dilaksanakan secara sukarela, selamat dan bermaruah.

Lawatan Aung Hlaing bagaimanapun berlangsung ketika kerajaan Myanmar terus berdepan kritikan antarabangsa susulan konflik berpanjangan selepas rampasan kuasa tentera pada 2021. – MYNEWSHUB

Tags: 'Karpet Merah'anwarMin Aung HlaingPMXPresiden MyanmarSambut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Charles Santiago Kritik PMX Anwar Karpet Merah Buat Ketua Junta Myanmar, Kamil Munim Tampil Pertahan

Charles Santiago Kritik PMX Anwar Karpet Merah Buat Ketua Junta Myanmar, Kamil Munim Tampil Pertahan

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan layanan karpet merah...

Suhaizan Serah Permohonan Bina Krematorium Hindu Di Johor Bahru Kepada PMX Anwar

Suhaizan Serah Permohonan Bina Krematorium Hindu Di Johor Bahru Kepada PMX Anwar

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat menyerahkan permohonan pembinaan krematorium Hindu di Johor Bahru kepada Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd