• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara 2 Tahun Sebabkan Kematian Bayi

oleh Mohd Arshad
03/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan, hari ini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas kesalahan dengan cuai menyebabkan kematian anaknya itu.

Hakim Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Welmince Alunat, 40, selepas wanita itu mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.

Beliau membuat keputusan itu selepas meminda pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman mati kepada Seksyen 304(A) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim itu berkata, setelah mengambil kira semua fakta, mahkamah mengemukakan pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304(A) selepas mendapati tertuduh tidak sewajarnya dituduh mengikut Seksyen 302.

Hakim Mohd Yazid dalam keputusan pada akhir kes pendakwaan berkata, wujud kegopohan dan kecuaian oleh tertuduh, sehingga menyebabkan kematian bayinya.

“Kalau tertuduh tidak meletakkan bayinya ke dalam baldi, bayi itu tidak akan mati. Tertuduh ada hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Bangladesh dan kerana takut (terbongkar), maka kejadian itu dilakukan secara gopoh-gapah.

“Apa yang dia lakukan adalah kerana takut, memandangkan tertuduh masih mempunyai suami dan empat orang anak di Indonesia. Kenapa merampas hak bayi itu untuk hidup,” katanya.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula 22 Ogos 2019, iaitu tarikh tertuduh ditangkap. Tertuduh yang ditahan reman pada tarikh itu dibebaskan hari ini.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik mencuci dan menjemur baju di rumah majikannya di Taman Cempaka, Ampang pada 7 pagi, 22 Ogos 2019.

Sebelum ini mahkamah mendengar keterangansaksi pendakwaan dan hari ini ditetapkan untuk keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ariff Muzammil Wan Mohamed, manakala tertuduh diwakili peguam S Selvi, Lim Wei Qi dan Ho Zhi Qian.

Tags: bayibunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd