• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32 Pelajar, Pensyarah IPTA Di Kuala Pilah Positif COVID-19

oleh Mohd Arshad
03/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH : Seramai 32 pelajar dan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di sini, dikesan positif COVID-19 membabitkan kluster baharu, Kluster Intan Delima 2, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap, berkata kes indeks kluster itu adalah daripada IPTA berkenaan.

“Setakat semalam, 32 individu terdiri daripada pelajar serta pensyarah disahkan positif, dan semuanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Seramai 105 lagi individu kontak rapat kes berkenaan pula dikuarantin di institusi terbabit sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Setakat ini, Mohd Faizal berkata, keadaan adalah terkawal dengan pihaknya juga telah melakukan kawalan secara pentadbiran, bermula semalam, bagi mengekang penularan wabak itu.

“Pasukan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meliputi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi bertanggungjawab, melakukan pemantauan di lokasi dan tindakan kompuan akan dikenakan jika ada pihak yang ingkar,” katanya.

Semalam, Negeri Sembilan merekodkan pertambahan satu kluster baharu COVID-19 dikenali sebagai Kluster Intan Delima 2 di Kuala Pilah, menjadikan 11 kluster (tempatan) belum diisytiharkan tamat di negeri ini, hingga kini.

Kluster berkenaan ialah Kluster Industri Sungai Gemas; Industri Tiong; Jalan Seremban Tiga; Dataran Satria Dua; Tekir; Kepis Senaling; Jalan Putra Nilai; Jalan Bukit Rasah; Jalan Bandar Sri Serting; Intan Delima 2; dan Jalan Hutton.

-Berita Harian

Tags: Covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd