• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Viral: ‘Kenapa Kau Pijak Beg Aku?’

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERSENTUH kami tatkala membaca coretan seorang guru sekolah rendah yang berkongsi cerita pilu mengenai murid tahun 1 sehingga membuatkan ada yang menitiskan air mata.

Alkisah bermula, seorang murid tanpa sengaja telah memijak beg kepunyaan adik bernama Firdaus hingga mengakibatkan beg sekolah itu dipenuhi debu kotoran.

Bagaimanapun, kata-kata yang diluahkan adik Firdaus kepada rakannya, Izham dengan mendakwa beg tersebut adalah kepunyaan arwah ayahnya amat meruntun jiwa.

Kisah ini ditulis oleh Cikgu Noor Afifah Mohd. Baharuddin dalam Facebooknya:

Anak-anak LINUS ku di Tahun 1. Buat teacher menitik air mata pula hari ni……

Hari ni Izham memang agak susah lah nak kawal. Ada sahaja idea nya nak usik kawan. Biasalah budak-budak kan. Alkisahnya, Izham dah kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu. 

Sedihhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut Izham pada begnya, sambil cakap, ‘Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni… kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!’

Dengan nada marah Firdaus marah kat Izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata. Hehe… Sedih tengok anak kecil ni yang dah merasa kehilangan ayah tercinta, pada usia 7 tahun

Banyak boleh kita buat refleksi. Masha Allah. Moga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku. Aamiin ya Rabb.

10342799_1474350062666693_3005262530037334870_n
Siapa sangka, pada usia sekecil ini adik Firdaus ini sudah diuji tentang kehilangan bapa tercinta.

Malah, sifat adik Firdaus yang mempunyai rasa kasih dan nilai sentimentalnya terhadap peninggalan barangan arwah bapanya nyata menunjukkan begitu besar maknanya terhadap jiwa kecil kanak-kanak itu.

Moga adik Firdaus tabah mengharungi cabaran masa depan kelak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KISAHmuridviral
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berusia 20 tahun, dikenali sebagai Ramesh (bukan nama sebenar) memilih untuk memeluk Islam selepas tertarik...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd