• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESC Keluar Pas Ekspatriat 1 Minit Berbanding 30 Hari

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) hari ini melakar sejarah apabila mampu memproses Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pegawai dagang asing hanya dalam tempoh seminit.

Kejayaan itu turut mendapat pujian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sambil menyifatkan tempoh tersebut paling pantas di dunia berbanding sebelum ini 30 hari.

“Insya-Allah, memang cepat dan tadi saya kebetulan uji melibatkan seorang ekspatriat sebuah kilang pembuatan besi, segalanya siap lengkap dalam seminit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan secara rasmi pembukaan premis Pusat Satelit ESD (ESC) di aras tiga, balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Turut hadir menyaksikan program ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Pewujudan ESC pertama di negara ini membolehkan ekspatriat terus dapat bekerja di negara ini setelah tiba di KLIA dengan diberi pelekat pas imigresen tanpa perlu menunggu tempoh sebulan.

Sebaliknya, individu itu hanya perlu mendapat surat kelulusan pas tersebut daripada kedutaan Malaysia di luar negara dan majikan sudah membuat bayaran pemprosesan secara atas talian.

Ekspatriat tersebut tidak perlu lagi menunggu majikan membuat janji temu atas talian bagi tempah slot giliran di pejabat imigresen sebelum membayar dan mendapat pelekat pas itu.

-Kosmo Online

Tags: ekspatriatESC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekspatriat Tidak Kenang Budi Lari Cukai

Ekspatriat Tidak Kenang Budi Lari Cukai

20/09/2022
0

Berdasarkan statistik Lembaga Hasil Dalam Negara Malaysia (HASiL) lebih RM20 bilion cukai dikutip daripada golongan ekspatriat sejak tahun 2014. Ikuti...

Kuala Lumpur Antara 6 Bandar Di Dunia Paling Disukai Ekspatriat

Kuala Lumpur Antara 6 Bandar Di Dunia Paling Disukai Ekspatriat

21/08/2022
0

PUTRAJAYA: Setelah dinobatkan sebagai bandar raya terbaik di dunia menerusi Expat City Ranking oleh portal InterNations, kali ini Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd