• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Era Seorang Negarawan Politik Bakal Berakhir

oleh Mohd Arshad
29/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah percaya kerjaya politiknya akan tamat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Razaleigh mewakili Gua Musang (dan pendahulunya, Ulu Kelantan) di Dewan Rakyat sejak 1974, yang merupakan perkhidmatan berterusan paling lama di Parlimen, kerana Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang pertama kali dipilih masing-masing pada 1964 dan 1969, tidak berkhidmat secara berterusan di satu-satu parlimen.

Sebelum itu, Razaleigh, kini 84, berkhidmat sepenggal di DUN Kelantan.

Bagaimanapun, dia memberitahu portal berita FMT bahawa khidmatnya akan berakhir.

“Saya dah banyak kali cakap perkara ini. Dua pilihan raya lalu (PRU13 dan PRU14) saya juga cakap ‘jangan pilih saya’, tetapi saya rasa kali ini (PRU15) ia akan berlaku. Ia bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

“Masalah saya ialah jika saya menarik diri, kawasan Parlimen (Gua Musang) mungkin tidak lagi menjadi kerusi selamat. Itu alasan yang diberikan kepada saya sebelum ini, itu sebabnya saya perlu bertanding pada dua PRU lepas,” katanya.

Lebih dikenali sebagai Ku Li, malah digelar “Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia”, dia telah memainkan peranan penting sebagai menteri kewangan dari 1976 hingga 1984 apabila Malaysia mengalami ledakan ekonomi, serta diketengahkan dengan ketara dalam era perintis Petronas dan Bank Bumiputera.

Dua kali pada 1980-an, dia hampir menggulingkan Mahathir – sekali dalam saingan jawatan presiden Umno dan kedua, sebagai ketua parti Semangat 46 yang menerajui gabungan Gagasan Rakyat.

Baru-baru ini pada tahun ini, namanya dikaitkan sebagai calon perdana menteri tetapi dia turut mendapat kecaman kerana pembangunan kawasan pilihan rayanya yang lemah, khususnya berkaitan kebajikan Orang Asli di Gua Musang.

Razaleigh berkata keputusan tidak bertanding itu masih terletak di tangan pucuk pimpinan parti dan sekiranya dia akhirnya berundur, ramai dalam parti akan berebut untuk bertanding di kerusinya, yang dianggap kerusi selamat.

“Sebenarnya, tiada kerusi yang selamat, melainkan anda mempunyai orang berpengaruh, strategi boleh diterima dan dilaksanakan, serta anda mempunyai sokongan kukuh untuk meningkatkan undi anda pada PRU.

“Tanpa itu dan perpaduan, saya rasa anda tidak boleh kata kawasan anda selamat,” tambahnya.

Dikenali dengan asal usul diraja, Ku Li ialah cicit Sultan Muhammad III di Kelantan dan datuk saudara kepada Sultan Muhammad V.

Tags: Gua MusangKu Li
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kurang 48 Jam, Lelaki Myanmar Jadi Mangsa Kedua Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang

Kurang 48 Jam, Lelaki Myanmar Jadi Mangsa Kedua Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang

12/11/2023
0

GUA MUSANG : Seorang lelaki Myanmar menjadi mangsa kedua yang maut dibaham harimau belang kurang dari tempoh 48 jam dalam...

Gua Musang Mula Sibuk

Gua Musang Mula Sibuk

20/04/2023
0

GUA MUSANG : Daerah ini mula menerima kemasukan kenderaan bertali arus sehingga menyebabkan laluan alternatif sejauh enam kilometer sesak dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd