• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Malaysia Di Terbuka Indonesia Berakhir

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Sukan, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hasrat untuk melihat wakil Malaysia mara lebih jauh pada saingan Terbuka Indonesia 2021 tidak kesampaian selepas empat beregu negara kecundang pada peringkat suku akhir kejohanan itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua, semalam.

Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal mengekalkan momentum ketika mengejutkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 Lee Yang-Wang Chi-Lin pada pusingan kedua semalam apabila tewas di tangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.

Bagaimanapun, gandingan Goh dan Nur Izzuddin memberikan tentangan sengit kepada pasangan pilihan keenam kejohanan itu yang akhirnya menoktahkan kemenangan 21-19, 21-19 dalam tempoh 43 minit untuk menempah slot di separuh akhir.

Keputusan itu disusuli dengan kekalahan 21-14, 14-21, 16-21 beregu lelaki profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kepada peserta tuan rumah Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang merupakan pasangan nombor satu dunia.

Sementara itu, dalam saingan beregu campuran, pasangan profesional Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang diletak sebagai pilihan kelima kejohanan, dikecewakan oleh gandingan Korea Selatan Ko Sung Hyun-Eom Hye Won 21-15, 16-21, 18-21 selepas bertarung selama 72 minit.

Satu lagi gandingan campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, juga menamatkan cabaran mereka pada kejohanan itu selepas gagal menyaingi kehebatan pilihan utama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 10-21, 10-21.

Selepas ini, fokus kem badminton negara beralih ke Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang turut berlangsung di sana bermula 1 hingga 5 Dis ini.

-Malaysia Kini

Tags: cabaranMalaysiaterbuka indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd