• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Penerbangan Perlu Berperanan Turunkan Harga Tiket – Pemuda GPS

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Syarikat penerbangan perlu memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kenaikan harga tiket ke Sarawak, bagi membantu rakyat negeri itu pulang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 selain untuk musim cuti bulan hadapan, kata Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman, berkata selain itu, adalah diharapkan peningkatan kekerapan penerbangan ke Sarawak seperti diumumkan kerajaan negeri baru-baru ini, juga akan membawa kepada penurunan harga tiket.

“Ini juga akan memastikan jumlah pengundi yang maksimum akan keluar ketika pilihan raya negeri, yang pada masa sama membantu memudahkan kepulangan pengundi untuk melaksanakan tanggung jawab demokrasi mereka.

“Kami juga ingin menasihati ke semua rakyat Sarawak yang pulang dan juga pelancong datang ke Sarawak untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan Bernama di beberapa laman sesawang syarikat penerbangan yang mempunyai penerbangan laluan Kuala Lumpur (KUL)-Sarawak semalam menunjukkan, harga terendah bagi penerbangan sehala untuk laluan KUL-Kuching adalah RM1,299, KUL-Sibu (RM888) dan KUL-Miri (RM665).

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Disember, pengundian awal pada 14 Disember dan pengundian pada 18 Disember.

Sementara itu Fazzrudin berkata, adalah amat penting untuk terus mematuhi SOP COVID-19 bagi memastikan keselamatan pada waktu ramai yang keluar masuk Sarawak, dan walaupun kadar kes yang semakin menurun, ia tidak seharusnya menyebabkan orang ramai mula tidak mematuhinya.

-Berita Harian

Tags: GPSPRN Sarawaksyarikat penerbangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Sarawak Lancar Manifesto Sendiri Untuk PRN

Next Post

Kos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus

Related Posts

Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas

Gangguan Siber Global: Banyak Syarikat Penerbangan, Perkhidmatan Terminal Terjejas

19/07/2024
3

KUALA LUMPUR: Gangguan siber global telah menjejaskan operasi syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal, menyebabkan kelewatan dan gangguan di seluruh dunia....

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

01/08/2023
0

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana...

Next Post

Kos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd