• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Sarawak Lancar Manifesto Sendiri Untuk PRN

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PKR Sarawak mengambil langkah mengumumkan manifesto sendiri bagi pilihan raya negeri kali ini.

Tindakan PKR Sarawak itu berbeza dengan PRN Melaka baru-baru ini di mana setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan manifesto sebagai satu gabungan.

Pemangku pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh dalam kenyataan berkata manifesto bertemakan ‘Makmur bersama Keadilan’ itu menggariskan enam teras perubahan.

Menurut Abang Zulkifli, teras pertama akan memberi tumpuan kepada peningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan penduduk Sarawak khasnya golongan miskin.

Teras kedua pula akan berkisar kepada penjanaan sektor ekonomi dengan pewujudan peluang pekerjaan baru untuk penduduk Sarawak, dana khas pemulihan sektor pelancongan dan sokongan untuk peniaga kecil dan sederhana (PKS) melalui skim Sarawak Berniaga, Sarawak Digital dan Mikrokredit.

“Fokus utama juga akan diberikan kepada kemajuan sektor pertanian, penternakan dan perikanan,” katanya.

Selain itu, Abang Zulkifli berkata rancangan Pembangunan Pertanian Moden Luar Bandar (Selda) yang menurutnya berpaksikan kepentingan penduduk luar bandar juga akan menyediakan tanah untuk rakyat yang tiada tanah dan memberikan peluang perkerjaan yang baik melalui usaha pertanian lestari.

Teras ketiga pula, menurutnya, berkenaan mereformasi infrastruktur asas melibatkan pembekalan air, elektrik dan internet ke seluruh Sarawak.

Manakala teras keempat adalah reformasi pendidikan bagi memberi fokus kepada semua sekolah rendah dan menengah daif di Sarawak agar dibaik pulih dengan segera.

Teras kelima berkenaan reformasi hijau dan alam sekitar, yang meliputi dasar perhutanan lestari dan menghentikan pembinaan empangan raksasa hidro.

Teras keenam dan terakhir adalah untuk transformasi perkhidmatan awam, termasuk perkhidmatan awam bergerak di luar bandar bagi memudahkan rakyat luar bandar mendapat kemudahan kesihatan, kebajikan, pendaftaran dan pembankan.

Pelancaran manifesto PKR Sarawak itu dibuat di tengah pertikaian antara parti komponen menjelang PRN yang dijadual pada 18 Disember ini.

DAP bertegas bahawa rundingan kerusi dengan PKR telah selesai pada Januari lalu tetapi PKR Sarawak mendakwa perjanjian itu “batal dan tidak sah” berikutan tindakan pengerusi negeri ketika itu, Larry Sng untuk keluar parti.

Sng keluar PKR pada penghujung Februari.

Dalam kenyataan tegas malam tadi, PKR Sarawak berkata perjanjian rundingan kerusi PH sebelum ini sebagai “batal dan tidak sah”.

Pada 2 Januari 2021, PH Sarawak telah bersetuju bahawa PKR akan bertanding di 47 kerusi, DAP di 26 kerusi dan Amanah di sembilan kerusi.

Persetujuan itu ditandatangani oleh Sng, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Pengerusi Amanah Sarawak Abang Abdul Halil Abang Naili.

PH Sarawak juga telah memutuskan untuk menggunakan logo masing-masing dalam PRN Sarawak kali ini.

-Malaysia Kini

Tags: manifestoPKRPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BERSATU Tak Bertanding Di PRN Sarawak

Next Post

Syarikat Penerbangan Perlu Berperanan Turunkan Harga Tiket – Pemuda GPS

Related Posts

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

16/05/2025
0

KITA CABANG HULU SELANGOR DENGAN RENDAH DIRI MENAWARKAN 6 ORANG CALON BERWIBAWA UNTUK PEMILIHAN KEADILAN 2025–2028 CALON PIMPINAN PUSAT Dr....

Next Post

Syarikat Penerbangan Perlu Berperanan Turunkan Harga Tiket - Pemuda GPS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd