• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Muka Lama, 8 Muka Baharu Barisi Exco Melaka

oleh Mohd Arshad
26/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Dua muka lama dan lapan muka baharu membarisi senarai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dibentuk selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu memegang portfolio Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Dua muka lama ialah ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang memegang jawatan lamanya iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan manakala ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman bertukar portfolio kepada Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri.

Mengetuai lapan muka baharu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dengan mempengerusikan Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan manakala ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan pula dengan portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar.

Turut tersenarai ADUN Telok Mas yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani; ADUN Gadek, VP. Shanmugam memegang Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin dengan portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan, Keluarga dan Kebajikan.

Tiga lagi muka baharu ialah ADUN Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh menjawat portfolio Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah yang sebelum ini disandang Rahmad; ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi manakala ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem memegang portfolio Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna

Sulaiman berkata, barisan Exco yang dibentuk adalah yang terbaik untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Mereka mampu menggalas tanggungjawab dan merealisasikan aku janji dan manifesto Kestabilan Demi Kemakmuran yang ditawarkan untuk rakyat di negeri ini selepas BN menang dalam PRN,” katanya ketika sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

UtusanOnline-

Tags: Exco Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Melaka Didakwa Terbabit Skandal Seks Perlu Buat Laporan Polis

Exco Melaka Didakwa Terbabit Skandal Seks Perlu Buat Laporan Polis

26/04/2023
0

MELAKA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita perlu segera membuat...

Lantikan Exco Daripada ADUN PN Akan Diputuskan Kemudian – Sulaiman

22/11/2021
0

AYER KEROH : Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional (PN) sama ada akan turut menyertai barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd